Info Jabatan

Pelajar yang layak menjalani latihan industri setelah mereka menduduki 3 kali peperikasaan akhir (AT401) bagi program diploma. Mulai sesi jun 2016 kesemua program pengajian diploma akan menjalani latihan industri pada sesi sem akhir pengajian (DUT 40110). Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan industri samada melalui upli atau membuat permohonan sendiri ke firma. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan bersesuaian dengan bidang yang dipelajari. Upli juga bertanggungjawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara firma yang menawarkan tempat latihan industri dengan pihak politeknik sandakan sabah sentiasa baik dan berterusan.

PENDAHULUAN
Unit ini bertanggungjawab dalam penempatan pemantauan dan penilaian pelajar semasa latihan industri. Pelajar Politeknik diwajibkan untuk menjalani latihan industri 1 semester di mana-mana sektor swasta dan kerajaan. Latihan industri adalah merupakan satu kompenan utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penanugerahan diploma politeknik KPM. Pelajar akan ditempatkan di firma selama satu semester bagi mendedahkan mereka suasana pekerjaan sebenar.

FUNGSI UPLI

  • Mendedahkan pelajar kepada suasana sebenar alam pekerjaan
  • Mmemberi pemahaman kepada pelajar perkaitan mengenai teori yang di ajar dengan praktikal
  • Membina kemahiran individu
  • Membina semangat jujur, bertanggungjawab dan yakin
  • Mengamal segala aspek keselamatan semasa bekerja
  • Mempelajari penulisan lapaoran serta penyelesaian tugasan yang diberi.

VISI UPLI
Unit perhubungan dan latihan industri politeknik sandakan sabah bertekad untuk menjadikan sebuah unit yang cemerlang dan pengurusan yang bersistematik serta dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran, berdaya saing dan berterampilan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI UPLI
Untuk menghasilkan pelajar yang kompetens dan berkualiti dalam bidang teknikal dan pengurusan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta di Malaysia.

MISI UPLI
Untuk menghasilkan pelajar yang kompetens dan berkualiti dalam bidang teknikal dan pengurusan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta di Malaysia.

OBJEKTIF SOFT SKILLS

  • Memahami dan menyahati lima kompentensi modul latihan industri
  • Memberi persedian awal kepada pelajar sebelum menjalani latihan industri
  • Meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat latihan industri
  • Meningkatkan keberkesanan Latihan Industri
  • Mengurangkan masalah pelajar semasa Latihan Industri

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

  • Membina personaliti individu
  • Berkomunikasi dengan berkesan
  • Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
  • Menguasai kemahiran bidang kursus
  • Menghasilkan laporan industri

Carta Organisasi