Info Jabatan

Politeknik Sandakan merupakan politeknik yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merealisasikan wawasan negara bagi melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja separa profesional seperti yang termaktub dalam kenyataan misi Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Bermula dengan bangunan sementara di Bandar Labuk Jaya, Batu 7 Sandakan dan kemudian berpindah di kampus baru pada 31 Disember 2012, Politeknik Sandakan kini beroperasi setanding dengan Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang lain.

OBJEKTIF
Memberi peluang kepada lulusan sijil politeknik yang sedang bekerja untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep “Learn As You Earn”

KELAYAKAN
Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: 1. Warganegara Malaysia 2. Lulusan Politeknik KPM/KPTM dalam bidang berkaitan dengan kursus dipohon serta memperolehi Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 2.00 atau lebih pada semester akhir.

Carta Organisasi