PSS 1 Dekad
+
A
--

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Laman UtamaStart here
  • Profil Korporat
    • Perutusan Pengarah PSS
    • Misi dan Visi
    • Sejarah PSS
    • Carta Organisasi
    • Jabatan & Unit
      • Jabatan Pengajian AM
      • Jabatan Agro & Bio-Industri
      • Jabatan Matematik, Sains & Komputer
      • Jabatan Hal Ehwal Pelajar
      • Unit Teknologi Maklumat
      • Unit Pentadbiran & Kewangan
      • Unit Pembangunan & Penyelenggeran
      • Unit Penyelidikan & Inovasi
      • Unit Perpustakaan
      • Unit Peperiksaan
      • Unit Kediaman Pelajar
      • Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan
      • Unit Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan
      • Unit Pengurusan Psikologi
      • Unit Instruksional & Multimedia
      • CISEC
      • Unit Perhubungan & Latihan Industri
      • Unit Kualiti
  • Program Ditawarkan
    • Diploma Agroteknologi
    • Diploma Akuakultur
  • Hubungi Kami
    • Pelan Lokasi
    • Borang Maklumbalas (Online)
    • Borang Maklumbalas Manual
    • Direktori Pegawai
  • FAQ - Soalan Lazim
  • Laman Utama
  • Profil Korporat
    • Perutusan Pengarah PSS
    • Misi dan Visi
    • Sejarah PSS
    • Carta Organisasi
    • Jabatan & Unit
      • Jabatan Pengajian AM
      • Jabatan Agro & Bio-Industri
      • Jabatan Matematik, Sains & Komputer
      • Jabatan Hal Ehwal Pelajar
      • Unit Teknologi Maklumat
      • Unit Pentadbiran & Kewangan
      • Unit Pembangunan & Penyelenggeran
      • Unit Penyelidikan & Inovasi
      • Unit Perpustakaan
      • Unit Peperiksaan
      • Unit Kediaman Pelajar
      • Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan
      • Unit Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan
      • Unit Pengurusan Psikologi
      • Unit Instruksional & Multimedia
      • CISEC
      • Unit Perhubungan & Latihan Industri
      • Unit Kualiti
  • Program Ditawarkan
    • Diploma Agroteknologi
    • Diploma Akuakultur
  • Hubungi Kami
    • Pelan Lokasi
    • Borang Maklumbalas (Online)
    • Borang Maklumbalas Manual
    • Direktori Pegawai
  • FAQ - Soalan Lazim
  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1443H

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1443H

    Ikhlas dari Warga kerja PSS

  • SEKALUNG TAHNIAH !!!

    SEKALUNG TAHNIAH !!!

    PPPT yang berjaya pemangkuan ke Gred DH44 dan DH48

  • Politeknik Sandakan Sabah

    Politeknik Sandakan Sabah

    Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri

  • CEGAH COVID-19 SETIAP MASA

    CEGAH COVID-19 SETIAP MASA

    Kita mesti menang melawan Covid-19

  • IKUTI KAMI DI

    IKUTI KAMI DI

    FB , Twitter dan Instagram Rasmi Politeknik Sandakan Sabah

Main Promo Images

  • SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1443H

    Ikhlas dari Warga kerja PSS

    http://www.pss.edu.my/v10/images/banners/raya-2022.jpg

  • SEKALUNG TAHNIAH !!!

    PPPT yang berjaya pemangkuan ke Gred DH44 dan DH48

    http://www.pss.edu.my/v10/images/banners/naik-pangkat.jpg

  • Politeknik Sandakan Sabah

    Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri

    http://www.pss.edu.my/v10/images/banners/pss-banner-maincover-2022.jpg

  • CEGAH COVID-19 SETIAP MASA

    Kita mesti menang melawan Covid-19

    http://www.pss.edu.my/v10/images/poster web covid.jpg

  • IKUTI KAMI DI

    FB , Twitter dan Instagram Rasmi Politeknik Sandakan Sabah

    http://www.pss.edu.my/v10/images/pss-carta2019/pss-ikutikami.jpg

  • Anda disini : Laman Utama
  • FAQ - Soalan Lazim

FAQ - Soalan Lazim

  • Print
  • Email
Details
Written by Mohammad Shukri bin Abdul Shukor | PPTM F29 | Unit Teknologi Maklumat
Created: 02 May 2018
Hits: 8679

 

  • Permohonan ke Politeknik
  • Pertukaran Politeknik/Program Pengajian
  • Program Pengajian
  • Yuran Pengajian
  • Proses Lapor Diri
  • Kemudahan Asrama
  • Biasiswa/Pinjaman

Permohonan ke Politeknik


1. Berapa kali pengambilan dibuka dalam setahun? 
    Dua (2) kali iaitu Sesi Jun dan Sesi Disember setiap tahun.


2. Bagaimanakah cara untuk memohon ke Politeknik Malaysia
    Beli nombor pin di BSN berharga RM 15.64 dan isi borang permohonan online melalui portal http://www.mypolycc.edu.my/
   

3. No. PIN UPU saya tidak boleh digunakan.
   
Hubungi BSN dimana pin tersebut dibeli.

4. Saya sudah beli pin UPU untuk permohonan kemasukan pada Sesi Jun. Bolehkah saya gunakan Pin yang sama untuk permohonan pada Sesi Disember?
    
Boleh

5. Berapa lamakah tempoh sah Pin UPU?
    1) 1 tahun (dalam tahun semasa sahaja).
    2) Contoh 1: Beli bulan Januari 2015, tamat bulan Disember 2015.
    3) Contoh 2: Beli bulan April 2015, tamat bulan Disember 2015.

6. Di mana saya boleh dapatkan maklumat tentang program pengajian dan syarat kemasukan ke Politeknik Malaysia?
    
Layari portal rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar di http://www.mypolycc.edu.my/

Pertukaran Politeknik/Program Pengajian


7. Saya sudah dapat tawaran ke politeknik KPT tapi belum lapor diri di politeknik tersebut. Bolehkah saya mohon untuk tukar politeknik?
    Buat surat rasmi ke Bahagian Pengambilan Pelajar. Rujuk alamat di http://www.mypolycc.edu.my/

8. Saya sudah dapat tawaran ke politeknik KPT tapi belum lapor diri di politeknik tersebut. Bolehkah saya mohon untuk tukar program pengajian?

    Buat surat rasmi ke Bahagian Pengambilan Pelajar. Rujuk alamat di http://www.mypolycc.edu.my/

Program Pengajian


9. Apakah program pengajian yang ditawarkan oleh Politeknik Sandakan Sabah?
    
 Ada tiga (2) Program:
     1) Diploma Agroteknologi
     2) Diploma Akuakultur

10. Apakah syarat kemasukan untuk program yang ditawarkan oleh Politeknik Sandakan Sabah?
      Boleh rujuk di sini:

                       http://www.mypolycc.edu.my/

11. Bagaimana untuk saya ketahui samada saya layak atau tidak untuk memohon ke Politeknik KPT?
       Boleh rujuk di sini: 

                       http://www.mypolycc.edu.my/


Yuran Pengajian


12. Berapakah yuran yang saya perlu bayar?
      
Ada TIGA (3) jenis yuran:
            i)
Yuran Pengajian RM 200
            ii)
Yuran Asrama RM 360.00
           iii)
Yuran Pendaftaran RM600.00

          Diingatkan juga bahawa pelajar akan dikehendaki membeli beberapa keperluan untuk tujuan pembelajaran seperti Baju Makmal. Harga sekitar RM45-RM55.

13. Bagaimana kaedah bayaran yuran?

      i) Yuran Pengajian & Asrama

          a) Mesin ATM
                   1) Hanya bagi pelajar yang memiliki Akaun Simpanan di BIMB
                  2) Pilih menu LAIN-LAIN

                   3) Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT
                  4) Pilih menu
YURAN IPT
                  5) Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan didebit)
                  6) Masukkan No.Kad Pengenalan Pilih Bil yang ingin dibayar . Sahkan amaun yang ingin dibayar
                   7)
Transaksi selesai dan ambil resit

          b) Cash Deposit Machine (CDM)
                  1) Bagi pelajar yang tidak memiliki Akaun Simpanan BIMB
                 2) Pilih menu YURAN IPT
                 3) Masukkan No. Kad Pengenalan
                  4)
Pilih POLITEKNIK KPT
                 5)
Sahkan data dan masukkan wang
                  6)
Sahkan jumlah kemasukan wang
                  7)
Transaksi selesai dan ambil resit

          c) Perbankan Internet
                 1) Hanya bagi pelajar yang memiliki Akaun Simpanan BIMB
                 2) Layari www.bankislam.com.my

                 3) Klik logo ”Internet Banking” dan tekan butang ”OK” pada ”Security Alerts"
                 4) Masukkan ID Pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam
                 5) Pilih
”BILL PRESENTMENT” pada bahagian BILL PAYMENT
                 6) Pilih
POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.
                 7) Masukkan No.Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik
”NEXT”.
                 9) Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih ”SOURCE ACCOUNT” yang hendak didebitkan dan sahkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik ”PAY”.
             
10) Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.
              11) Klik ”CONFIRM” untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.
               12)
Skrin berikut akan menunjukkan maklumat bayaran yang telah dilakukan.Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan maklumat bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.

    ii) Yuran Pendaftaran
        Pelajar boleh menggunakan kaedah berikut untuk bayaran yuran pendaftaran:
               a) Melalui kaunter BIMB (
Caj perkhidmatan akan dikenakan oleh pihak Bank Islam).
               b)
Melalui Internet banking (https://www.bankislam.biz/) bagi yang memiliki akaun Bank Islam sahaja.
               c) Setiap bayaran perlu dinyatakan tujuan bayaran iaitu
”Contoh:YURAN PENDAFTARAN SESI DIS 2015.

14. Tempat saya tidak ada kemudahan Bank Islam. Bolehkah saya bayar yuran pengajian dan yuran asrama melalui bank lain?
      Tidak boleh. Yuran Pengajian dan asrama MESTI dibayar melalui Bank Islam. Walaubagaimanapun pelajar boleh membayar Yuran Pendaftaran (RM600)
      menggunakan arahan pindahan daripada mana-mana bank tempatan.

15. Saya tidak sempat untuk bayar yuran di Bank Islam. Bolehkah saya bayar secara tunai kepada Politeknik Sandakan semasa hari lapor diri?
      Tidak boleh.

16. Saya telah tersilap membuat bayaran yuran. Apakah yang perlu saya lakukan?
      Pelajar perlu membuat bayaran sekali lagi mengikut kaedah yang telah ditetapkan

17. Bagaimana dengan duit yang telah saya masukkan sebelum ini?Adakah saya boleh mohon bayaran balik?

      Boleh. Rujuk prosedur di Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk permohonan bayaran balik.

18. Saya pelajar berpindah masuk ke Politeknik Sandakan. Berapakah yuran yang saya perlu bayar?
       Ada TIGA (3) jenis yuran:
              i) Yuran Pengajian RM 200
              ii)
Yuran Asrama RM 360.00 (Jika ditawarkan asrama)
             iii)
Yuran Pendaftaran – Hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk maklumat lanjut
        (
Diingatkan juga bahawa pelajar akan dikehendaki membeli beberapa keperluan untuk tujuan pembelajaran seperti Baju Makmal. Harga sekitar RM45-RM55)

 

Proses Lapor Diri


19. Apakah etika berpakaian semasa melapor diri?
      i) Semua pelajar baharu/lama perlu memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah, bertali leher, seluar slack berwarna gelap dan kasut kulit berwarna gelap.
     ii) Untuk maklumat lebih lengkap, bakal pelajar dikehendaki untuk memuatturun
Buku Panduan Pendaftaran melalui portal rasmi Politeknik Sandakan setelah keputusan permohonan kemasukan
         ke Politeknik KPT dikeluarkan.

20. Apakah borang yang perlu saya lengkapkan sebelum hadir melapor diri ke Politeknik Sandakan?
      
Semua pelajar baharu dikehendaki untuk memuatturun dan melengkapkan borang-borang pendaftaran (HEP1-6) dan dibawa pada hari lapor diri rasmi.

21. Adakah saya perlu membawa dokumen asal semasa lapor diri?
      
i) Ya. Pelajar dikehendaki membawa semua dokumen asal semasa melapor diri. Salinan dokumen yang diakui sah tidak boleh digunakan.
      ii) Pelajar yang tidak membawa dokumen asal akan menjejaskan proses lapor dirinya.

22. Saya ada masalah kewangan. Bolehkah saya memohon penangguhan yuran dan bagaimana caranya?
      Permohonan penangguhan dibenarkan atas budi bicara Pengarah Politeknik. Pelajar boleh mendapatkan Borang Permohonan Penangguhan Yuran di kaunter semasa hari lapor diri rasmi.

23. Bolehkah saya buat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta?
      
Boleh.

24. Di mana saya boleh muatturun Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu?

       i) Melalui portal rasmi Politeknik Sandakan www.pss.edu.my. 
      ii) Pautan muatturun Buku Panduan ini hanya akan diaktifkan setelah keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik KPT dikeluarkan.
     iii) Hanya bakal pelajar yang bersetuju untuk menerima tawaran dan Borang Jawapan Terima (BJT) telah diterima oleh Politeknik Sandakan sahaja dibenarkan untuk memuatturun
         Buku Panduan ini.

25. Saya tidak dapat memuatturun Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu.
      
Muatturun akan disekat sehingga perkara-perkara berikut dilaksanakan.
         i) Klik butang Setuju Terima melalui portal www.politeknik.edu.my
        ii) Cetak dan hantar salinan (Pastikan telah disah benar oleh pegawai yang dibenarkan) dokumen yang dikehendaki ke Politeknik Sandakan Sabah.
        iii) Dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk tujuan pengeposan dokumen.


26. Bagaimana untuk saya ketahui status dokumen saya telah selamat diterima oleh Politeknik Sandakan atau belum?
      
Boleh rujuk sini www.politeknik.edu.my.


Kemudahan Asrama

27. Bagaimana cara untuk memohon asrama?
     
Semua pelajar baharu (Semester 1) ditawarkan asrama.Pelajar lama (Semester 2 dan ke atas) sahaja yang dikehendaki untuk memohon kemudahan asrama.
      Rujuk Pejabat asrama Politeknik Sandakan untuk maklumat lanjut.


28. Adakah semua pelajar diberi kemudahan asrama?
      
i) Tidak. Keutamaan adalah pelajar semester 1.
      ii) Pelajar lain perlu memohon.

29. Apakah kriteria pemilihan asrama?
      
Jabatan Hal Ehwal Pelajar tidak terlibat dalam proses pemilihan pelajar yang akan menduduki asrama. Sebarang kemusykilan sila rujuk Pejabat Asrama Politeknik Sandakan Sabah.

Biasiswa/Pinjaman

30. Adakah Politeknik Sandakan menyediakan kemudahan biasiswa/pinjaman?
      
Tiada. Pelajar perlu memohon sendiri kepada agensi yang berkenaan.

HUBUNGI KAMI

Alamat
: Politeknik Sandakan Sabah
Education Hub, Batu 10
Jalan Sungai Batang
90000 Sandakan, Sabah
 
Tel
: 089 - 228 351
 
Fax
: 089 - 228 325
 
Emel
: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Website
: http://www.pss.edu.my
 
Kod QR
:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PAUTAN KERAJAAN

     
     
     
     

 

PERKHIDMATAN ONLINE

 

MAKLUMAT PAPARAN

Paparan terbaik dengan pelayar Internet Explorer 7 dan Mozilla Fifefox 3.6 ke atas, resolusi skrin 1280 x 768 pixel

  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Dasar Privasi
  • Peta Laman

PENAFIAN

Politeknik Sandakan Sabah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan Laman web ini

  • Kemaskini Terakhir :Thursday 28 April 2022, 03:03:38.

Go to top

Hak Cipta Terpelihara © LAMAN WEB RASMI POLITEKNIK SANDAKAN SABAH 2018