Kunjungan hormat oleh pihak Politeknik Sandakan Sabah ke Pejabat Mardi Negeri Sabah yang diketuai oleh En Tajul Ariffin Bin Mohamed Arif, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah bersama En Effandy Bin Masalleh, Ketua Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan PSS. Perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan berkenaan latihan yang boleh dijalankan antara dua pihak dan jalinan kolaborasi yang memfokuskan bidang agroteknologi. Kehadiran Pengarah PSS telah disambut sendiri oleh Pengarah Mardi Negeri Sabah.

Pergerakan diteruskan dengan mengadakan lawatan tapak ke pusat fertigasi cili yang diusahakan oleh En Mohd Shafiee Bin Berahim yang merupakan salah satu alumni Politeknik Sandakan Sabah. Pusat fertigasi yang diusahakan terletak di Kampung Beringis, Papar. Antara perbincangan hasil pertemuan ini adalah berkenaan latihan yang dapat dijalankan serta pertukaran teknologi antara kedua pihak.

Semoga hasil lawatan ini dapat memberikan jalan yang terbaik kepada kedua-dua pihak di dalam memperkasakan bidang agroteknologi di negeri Sabah.

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut