Satu taklimat pembiayaan TEKUN di bawah Program Siswapreneur KPT-MEDEC telah diadakan pada 6 April 2021 dengan dihadiri oleh seramai 90 orang pelajar yang mengambil Kursus Keusahawanan (MPU22012). Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Herimsyah bin Herman, Pembantu Pegawai TEKUN Cawangan Sandakan, Libaran dan Batu Sapi. Taklimat ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Sandakan Sabah.

Program Siswapreneur KPT-MEDAC ini merupakan satu program yang dirancang oleh KPT dengan kerjasama TEKUN Nasional untuk membantu para pelajar mendapatkan pinjaman perniagaan. Jumlah pinjaman antara RM1000, hingga maksimum RM5000 bakal membantu para pelajar yang ingin membesarkan perniagaan, mahupun membeli stok perniagaan.

Taklimat kali pertama yang telah diadakan secara atas talian pada bulan November tahun lepas telah membuka peluang kepada 2 orang pelajar PSS untuk memohon pinjaman bagi perniagaan mereka. Semoga usaha PSS untuk melahirkan lebih ramai job creator pada masa hadapan akan berhasil.

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut