Sekitar Majlis Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kampus Politeknik Sandakan Sabah 2021 (PRKPSS) yang akan menentukan barisan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2021.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada calon yang berjaya meraih kutipan undian tertinggi dalam PRKPSS kali ini. Untuk makluman, seramai 10 calon bagi Kerusi Umum dan 21 calon bagi kerusi Jabatan yang dipertandingkan dan bagi memenuhi keperluan barisan baharu MPP, 7 calon Umum dan 17 calon Jabatan yang memperoleh kutipan undian tertinggi akan layak memegang jawatan dalam MPP PSS.
Majlis telah dimulai dengan ucapan aluan daripada En Tajul Ariffin Bin Mohamed Arif, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah dan pengumuman keputusan PRK telah disampaikan oleh En Mohammad Sazwan Bin Azizi, wakil HEP PSS. Semoga barisan kepimpinan MPP yang baharu ini dapat mengangkat suara Mahasiswa dan Mahasiswi PSS serta membantu di dalam memacu nama baik institusi di peringkat yang lebih tinggi.. in syaa Allah..

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut