Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada En Azhar Bin Ambo (Penyelia Projek) dan Saudara Frederick Chu Li Jung (Ketua Projek) atas kejayaan memenangi Silver Award bagi projek inovasi Smart Aquascape Monitoring System 4.0 (SAMS 4.0) di International Innovation ARSVOT Malaysia 2021 (IAM2021) yang telah berlangsung secara virtual dan pembentangan secara dalam talian (online).

Sebanyak 10 kategori di pertandingkan dengan penglibatan seramai 1267 penyertaan melibatkan negara Malaysia, Indonesia, Nigeria, Kazakhstan, Brunei Darussalam, Afghanistan, Turkey, Philippines dan Japan.

Semoga dengan penglibatan dan pendedahan seumpama ini dapat meningkatkan lagi kualiti dan bakat pelajar PSS di dalam menghasilkan produk Inovasi yang dapat menyumbang dan memberi faedah kepada PSS dan komuniti.

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut