Politeknik Sandakan Sabah (PSS) mengucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan semua calon pelajar baharu Sesi Jun 2018 kerana berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Politeknik KPT. Semua calon pelajar baharu adalah dikehendaki untuk melaksanakan perkara berikut:

Semua Kategori Calon SPM & Selain SPM (Perlu melalui proses semakan dokumen oleh Politeknik Sandakan)

  1. Mengesahkan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaranmelalui laman web www.politeknik.edu.my
  2. Mengembalikan Borang Jawapan Tawaran (BJT) ke Politeknik Sandakan Sabahberserta sampul surat beralamat sendiri dan setem RM2.00 dalam tempoh 14 hari dari tarikh tawaran.
  3. Setelah pengesahan BJT diterima oleh PSS,calon pelajar dikehendaki memuat turun dan membaca maklumat pendaftaran/ bayaran yuran DISINI (Sila gunakan nombor Kad Pengenalan untuk Login)
  4. Membuat bayaran Yuran Pengajian, Kolej Kediaman dan Bayaran Pendaftaran.
  5. Membuat pemeriksaan kesihatan dan melengkapkan borang-borang HEP1 sehingga HEP6.
  6. Membuat pendaftaran onlinedan seterusnya mencetak Slip Daftar Online DISINI (Boleh dibuat setelah 24jam bayaran yuran dibuat)