Pertandingan Catur antara salah satu aktiviti yang diadakan sempena sambutan Sedekad Politeknik Sandakan Sabah, anjuran bersama Kelab Catur Sandakan telah menarik minat para pencatur profesional sekitar daerah Sandakan. Pertandingan yang berlansung pada 08 September 2018 (Sabtu) bertempat di dewan Jabatan Pengajian Am(JPA). Lebih kurang 120 peserta yang telah mengikuti pertandingan ini terdiri daripada kategori kanak-kanak dan dewasa lelaki dan kategori perempuan kanak-kanak dan dewasa.Pertandingan yang mengambil masa selama sehari ini memberi impak kepada orang ramai untuk datang berkunjung ke Politeknik Sandakan Sabah sempena hari terbuka sedekad politeknik justeru mengambil peluang untuk mengetengahkan bakat dan skil permainan catur mereka.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.