Sempena Program SEDEKAD Politeknik Sandakan Sabah, pada 6 September 2018 bersamaan hari Khamis Kursus Asas Cendawan telah diadakan di Politeknik secara percuma terbuka kepada semua orang awam di sekitar Sandakan. Semua peringkat usia adalah diterima mengikuti kursus ini meningkatkan minat mereka tentang pengusahaan cendawan. Pendedahan asas penyediaan bongkah cendawan diterangkan secara terperinci dan seterusnya praktikal kepada semua peserta telah menyerlahkan lagi minat kepakaran kepada para peserta kursus ini. Kursus yang berlansung selama satu hari secara tidak lansung memberikan pengalaman dan kemahiran kepada orang awam sekitar Sandakan seterusnya memberi perluasan pengenalan kepada penduduk sekitar daerah Sandakan tentang pengoperasian Sedekad Politeknik Sandakan Sabah.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.