Syabas dan tahniah buat semua warga PSS yang hadir bagi Majlis Iftar PSS & Majlis Khatam al-Qur'an (Sambutan Nuzul Qur'an) 2018. Program dimulai dengan bacaan doa sebelum bersungkai, Solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah. Diakhiri dengan Majlis ringkas Khatam al-Quran dan moreh. Sempena 10 malam terakhir Ramadan, program Khatam al-Qur'an buat julung-julung kalinya berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Turut hadir mengimarahkan majlis Tuan Pengarah PSS, En Tajul Ariffin dan Timb Pengarah (Akademik), En Rusli Abd Rahman serta Timb Pengarah (SA), En Irwandih Mat Jaili serta ahli keluarga staff PSS.

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.