Mesyuarat Penasihat Kurikulum Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB)
Mesyuarat Penasihat Kurikulum Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri telah diadakan pada 22 Mei 2018 di Bilik Seminar 1 dan 2. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh penasihat kurikulum yang terdiri daripada Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (Borneo Indonesia Malaysia Philipines East Asia Growth Area), pensyarah-pensyarah daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jabatan Perikanan Sabah, KONELAYAN, Borneo Aqua Harvest Berhad, MARDI, Agri-Biotech Sdn Bhd dan syarikat-syarikat lain.

Objektif mesyuarat ini adalah untuk menambahbaik kurikulum bagi Program Diploma Akuakultur dan Diploma Agroteknologi berdasarkan perkembangan industri semasa bagi menghasilkan graduan yang berkualiti seiring perkembangan industri semasa.

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.