Mesyuarat Penasihat Industri telah diadakan pada 22 Mei 2018 di Bilik Persidangan Politeknik Sandakan Sabah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Datuk Roselan Johar bin Mohamed (Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA), En. Chong Tzu Khen (Borneo Aqua Harvest Berhad), En. Burhan Japar (KO-NELAYAN), En. Miu Kam Chen (SDC Genting Sdn Bhd- anak syarikat Genting Plantations Berhad) dan En. Bernard Valentine (Jabatan Perhutanan Sabah). Mesyuarat ini turut dihadiri En. Azhar bin Kassim (Timbalan Pengarah Perikanan (II)). Objektif mesyuarat ini adalah untuk membincangkan ruang dan peluang yang boleh diimplementasi melalui kolaborasi antara pihak industri dan PSS bagi meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan pelajar berdasarkan keperluan industri semasa. Antara perkara yang dibincangkan adalah usahasama bagi membawa masuk syarikat luar untuk bekerjasama dalam mengeluarkan tanaman yang mempunyai permintaan serta nilai komersil yang tinggi.

Sumber :

Unit CISEC, Politeknik Sandakan Sabah

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.