Powered by OrdaSoft!

Soalan Lazim - PMTS

Ditulis oleh Mohammad Shukri bin Abdul Shukor (PPTM F29) on . Posted in Main Menu

Soalan Lazim  (FAQ) Tentang Politeknik METrO Tawau (PMTS)

  1. Bilakah PMTS akan berpindah ke kampus tetapnya?
    Setelah semua urusan perolehan dan ubahsuai selesai dilakukan.

  2. Di manakah PMTS beroperasi buat masa ini?
    Buat sementara waktu, PMTS akan beroperasi di kampus Politeknik Sandakan Sabah

  3. Siapakah yang boleh saya hubungi untuk sebarang persoalan tentang PMTS?
    -
    Tel: 089-228351 (Pej. Pentadbiran PSS)
    -
    Faks: 089-228325
    -
    Fb: JPH PSS & Politeknik METrO Tawau Sabah

  4. Apakah program yang ditawarkan di PMTS?
    -
    Buat masa ini cuma ada satu program sahaja iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP)

  5. Di manakah lokasi kampus PMTS di Tawau?
    -   Masih dalam penilaian oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

  6. Bagaimanakah urusan pembelajaran pelajar PMTS di PSS?
    -  Semua urusan pembelajaran akan dilaksanakan secara professional dengan menggunakan kemudahan fasiliti yang ada di PSS.
    -  Pelajar PMTS akan dilayan sama seperti pelajar PSS

  7. Adakah pelajar PMTS bercampur dengan pelajar PSS?
    - Ya. Mereka belajar bersama menggunakan kemudahan yang sama.

  8. Apakah syarat kelayakan untuk memohon program yang ditawarkan di PMTS.
    -  Rujuk pautan ini: http://www.politeknik.edu.my/esemak/index.asp
  9. Berapakah yuran yang saya perlu bayar

                   Pelajar baharu
                 
    TIGA (3) jenis yuran:

                i) Yuran Pengajian RM 200.00
                ii) Yuran Asrama RM 360.00 
               iii) 
    Yuran Pendaftaran RM600.00  

    Pelajar Senior
    TIGA (3) jenis yuran:

                i) Yuran Pengajian RM 200.00
                ii) Yuran Asrama RM 360.00 
               iii) 
    Yuran Pendaftaran RM150.00

  10. Saya perlukan pengesahan pelajar untuk urusan permohonan KWSP, Baitulmal dan sebagainya. Dimanakah boleh saya dapatkan surat pengesahan tersebut?
    Semua jenis surat pengesahan boleh dipohon dengan mengisi borang di Pejabat Hal Ehwal Pelajar PSS. Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSS akan mengeluarkan surat pengesahan bergantung kepada permohonan pelajar.

    PROSES LAPOR DIRI

  11. Apakah etika berpakaian semasa melapor diri?
    Semua pelajar perlu memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah, bertali leher, seluar slack berwarna gelap dan kasut kulit berwarna gelap. Untuk maklumat lebih lengkap, bakal pelajar dikehendaki untuk memuatturun Buku Panduan Pendaftaran melalui portal rasmi Politeknik Sandakan setelah keputusan permohonan  kemasukan ke Politeknik KPT dikeluarkan. Buku panduan ini juga boleh diperolehi melalui facebook Page rasmi PMTS.

  12. Apakah borang yang perlu saya lengkapkan sebelum hadir melapor diri ke Politeknik Sandakan?
    Semua pelajar baharu dikehendaki untuk memuatturun dan melengkapkan borang-borang pendaftaran (HEP1-6) dan dibawa pada hari lapor diri rasmi.

  13. Adakah pelajar PMTS ditawarkan kemudahan kampus siswa/asrama?|
    Ya. Semua pelajar baharu ditawarkan kemudahan kamsis/asrama.

  14. Bolehkah saya berpindah politeknik dari PMTS ke PSS?
    Boleh dengan syarat pelajar perlu memohon pertukaran program serta memenuhi syarat kelayakan masuk program yang ditawarkan oleh PSS.

  15. Adakah saya tertakhluk dengan arahan dan peraturan yang dikenakan kepada pelajar PSS?
    Ya. Semua pelajar PMTS adalah tertakhluk kepada arahan dan peraturan yang dikuatkuasakan kepada pelajar PSS.

    BIASISWA/PINJAMAN

  16. Adakah Politeknik METrO Tawau menyediakan kemudahan biasiswa/pinjaman?
    Tiada. Pelajar perlu memohon sendiri kepada agensi yang berkenaan.

APLIKASI ONLINE

Button SPMPButton HRMISButton eSISSButton CIDOSmySPA1L5G

STATISTIK PELAWAT

245186
Hari IniHari Ini62
KelmarinKelmarin206
Minggu IniMinggu Ini1608
Bulan IniBulan Ini2976
KeseluruhanKeseluruhan245186
IP Anda :54.83.122.227

Button myGovt BlueButton JPA BlueButton MSC BlueButton JPP Blue 2Button SPP BlueButton MoE BlueButton mampu BlueButton MQA BlueButton MDEC BlueButton 1Malaysia BlueButton AKEPTButton PTPTNButton StudyMalaysiaButton ANMButton myGovmobile


Politeknik Sandakan Sabah 10th Anniversary