Powered by OrdaSoft!

Perutusan Pengarah

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Sehati Sejiwa.

Selamat datang ke laman web rasmi Politeknik Sandakan Sabah (PSS) yang merupakan salah satu wadah teknologi maklumat terkini bagi menyampai dan mencakupkan segala informasi berkaitan institusi kami. Justeru itu, PSS tidak ketinggalan dalam mengaplikasi ruang laman ini untuk membina hubungan komunikasi merentasi komuniti.

PSS yang telah beroperasi sejak 12 Mei 2008 terus mengorak langkah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) bagi melahirkan insan separa professional yang kompeten, berpengetahuan dan berakhlak mulia. Bagi mencapai aspirasi Kementerian yang telah digariskan dalam PPPM (PT) ini, PSS akan meneruskan kecemerlangan dalam melahirkan graduan yang mempunyai minda keusahawanan, meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar melalui penerapan teknologi dan inovasi, serta penglibatan pihak berkepentingan dari segi hubungan industri melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Ini boleh dicapai melalui usaha kolaborasi bersama industri dan agensi-agensi yang berkaitan melalui model kerjasama baharu terutama dalam meningkatkan kualiti penyampaian, mengoptimakan sumber, membolehkan pengkhususan dalam bidang kepakaran dan meningkatkan kecekapan kos.

Melalui pencapaian peratusan kebolehpasaran graduan yang melebihi sasaran 80% secara berterusan, PSS juga yakin bahawa graduan yang dihasilkan oleh institusi ini merupakan kumpulan sasaran industri dalam memenuhi keperluan tenaga kerja mereka. Ianya turut mendapat sokongan padu daripada pihak Kementerian dalam memperkasa Sistem Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET Malaysia) sekaligus mengubah dan memperbetulkan persepsi masyarakat yang sering bertanggapan bahawa sistem pendidikan TVET ini sebagai pilihan kedua. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya bagi PSS yang juga merupakan salah satu institusi TVET Malaysia bagi memantapkan jaringan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan termasuklah golongan pakar industri, tenaga pengajar, kakitangan sokongan serta para pelajar itu sendiri bagi memastikan bidang TVET ini terus menjadi pendidikan pilihan dan kerjaya masa depan lumayan serta berpotensi tinggi. Disamping itu juga, PSS sentiasa bersifat komited dalam menyampaikan pendidikan TVET yang responsive berpandukan kepada keperluan industri dan mempunyai kepekaan terhadap revolusi industri 4.0.

Akhir kata, selaku Pengarah PSS Ke-5, saya bertekad akan memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada setiap warga Politeknik Sandakan dalam memacu perkhidmatan yang terbaik supaya kecemerlangan PSS terus dapat direncanakan dengan lebih sempurna untuk masa depan yang lebih gemilang. Pihak PSS juga mengalu-alukan maklumbalas daripada komuniti untuk dijadikan sebagai rujukan peningkatan kualiti perkhidmatan institusi kami. Soaring Upwards!

Sekian, terima kasih.

“Meraikan Kecemerlangan #PSS1Dekad”

LT. KOL. BERSEKUTU (PA) TAJUL ARIFFIN BIN MOHAMED ARIF

Pengarah

Politeknik Sandakan Sabah

APLIKASI ONLINE

Button SPMPButton HRMISButton eSISSButton CIDOSmySPA1L5G

STATISTIK PELAWAT

245186
Hari IniHari Ini62
KelmarinKelmarin206
Minggu IniMinggu Ini1608
Bulan IniBulan Ini2976
KeseluruhanKeseluruhan245186
IP Anda :54.83.122.227

Button myGovt BlueButton JPA BlueButton MSC BlueButton JPP Blue 2Button SPP BlueButton MoE BlueButton mampu BlueButton MQA BlueButton MDEC BlueButton 1Malaysia BlueButton AKEPTButton PTPTNButton StudyMalaysiaButton ANMButton myGovmobile


Politeknik Sandakan Sabah 10th Anniversary