Powered by OrdaSoft!

Jabatan Agro & Bio-Industri

Maklumat Am

PENGENALAN

Jabatan Agro Teknologi dan Bio-Industri merupakan salah satu jabatan induk di Politeknik Sandakan Sabah. Jabatan ini akan membuka program pertamanya pada sesi Julai 2012, program yang ditawarkan ialah DIPLOMA AGRO TEKNOLOGI dan DIPLOMA TEKNOLOGI AKUAKULTUR.

i. DIPLOMA AGRO TEKNOLOGI

Diploma Agroteknologi melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang teknologi pertanian bagi memenuhi permintaan dasar Negara. Program ini akan mendedahkan pelajar kepada latihan secara hands-on seperti pengeluaran makanan, ICT, automasi dan mekanisasi, bioteknologi pertanian, teknologi pengeluaran, tanaman industri, industri pertanian, teknologi lepas tuai, kemampanan pertanian, dan pengurusan. Pelajar juga akan dilengkapi dengan kemahiran teknologi terkini seperti teknologi penapaian, teknologi mikrob, pertanian ketepatan dan perladangan organik. Pelajar juga dikehendaki untuk mengendalikan dan menguruskan projek pertanian dan praktikal yang melibatkan tanaman, penuaian dan pemasaran berperingkat semasa pengajian

Prospek Pekerjaan

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi Agro yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam bidang bioteknologi pertanian, automasi dan mekanisasi dalam bidang pertanian. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada program ini akan membolehkan para pelajar menceburkan diri dalam pasaran kerja seperti: -

  • Juruteknologi Makmal (Tisu Culturist)
  • Pengusaha Agro Biotech
  • Ketua / Pengurus Cawangan (Organisasi Kawasan Ladang)
  • Pegawai Penolong Pertanian
  • Penolong Projek
  • Pembantu Jualan di syarikat-syarikat agrobiotech
  • Pakar Teknikal
  • Pembantu Penyelidik
  • Penolong alam sekitar
  • Pegawai Kawalan Kualiti
  • Pembantu Teknik bagi industri pemprosesan makanan
  • Kadet Penanam
  • Penolong Pegawai Sains

ii. DIPLOMA AKUAKULTUR

Program ini akan melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang akuakultur yang boleh membantu membangunkan Dasar Akuakultur Industri negara bagi memenuhi permintaan Dasar Pertanian Negara yang ketiga. Program ini juga akan mendedahkan pelajar kepada amalan dan latihan di pusat penetasan dan kolam.

Selain daripada itu, pelajar juga akan diterapkan dengan kemahiran untuk mengendalikan serta menguruskan pusat penetasan dan kolam sendiri dalam kumpulan melalui Pertanian Perkongsian daripada peringkat membiak ke peringkat penuaian dan pemasaran. Pelajar juga akan menjalani latihan industri dalam bidang akuakultur ladang, kerajaan dan sektor swasta, institusi penyelidikan dan pusat penetasan di dalam serta luar negara bagi menimba ilmu dan pengalaman tambahan. Ia akan menyediakan para pelajar dengan asas pengetahuan yang baik, kemahiran dan dapat menyesuaikan diri dengan teknologi dan cabaran baru melalui pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.

Prospek Pekerjaan

Pengetahuan dan kemahiran pelajar yang diperolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja seperti: -

  • Aqua culturists
  • Akuakultur Juruteknologi
  • Penolong Pegawai Perikanan
  • Penolong Pegawai Ekonomi
  • Penolong Pengurus Eksekutif
  • Pembantu Penyelidik
  • Usahawan

APLIKASI ONLINE

Button SPMPButton HRMISButton eSISSButton CIDOSmySPA1L5G

STATISTIK PELAWAT

224796
Hari IniHari Ini150
KelmarinKelmarin668
Minggu IniMinggu Ini2298
Bulan IniBulan Ini11089
KeseluruhanKeseluruhan224796
IP Anda :54.80.148.252

Button myGovt BlueButton JPA BlueButton MSC BlueButton JPP Blue 2Button SPP BlueButton MoE BlueButton mampu BlueButton MQA BlueButton MDEC BlueButton 1Malaysia BlueButton AKEPTButton PTPTNButton StudyMalaysiaButton ANMButton myGovmobile


Politeknik Sandakan Sabah 10th Anniversary