Powered by OrdaSoft!

FAQ- Soalan Lazim

Ditulis oleh Mohammad Shukri bin Abdul Shukor (PPTM F29) on . Posted in Main Menu

 

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR, POLITEKNIK SANDAKAN SABAH

PERMOHONAN KE POLITEKNIK KPT

1. Berapa kali pengambilan dibuka dalam setahun? 
    Dua (2) kali iaitu Sesi Jun dan Sesi Disember setiap tahun.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon ke Politeknik Malaysia
    Beli nombor pin di BSN berharga RM 15.64 dan isi borang permohonan online melalui web:
        i)   Bagi permohonan Sesi Jun: http://upu.mohe.gov.my
       ii)   Bagi permohonan Sesi Disember: www.politeknik.edu.my

3. No. PIN UPU saya tidak boleh digunakan.
   
Hubungi BSN dimana pin tersebut dibeli.

4. Saya sudah beli pin UPU untuk permohonan kemasukan pada Sesi Jun.
    Bolehkah saya gunakan Pin yang sama untuk permohonan pada  Sesi Disember?

    
Boleh

5. Berapa lamakah tempoh sah Pin UPU?
      
i)   1 tahun (dalam tahun semasa sahaja).
      ii)   
Contoh 1: Beli bulan Januari 2015, tamat bulan Disember 2015.
     iii)  
Contoh 2: Beli bulan April 2015, tamat bukan Disember 2015.

6. Di mana saya boleh dapatkan maklumat tentang program pengajian dan syarat kemasukan ke Politeknik Malaysia?
    
Layari portal rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar di www.politeknik.edu.my


PERTUKARAN POLITEKNIK/PROGRAM PENGAJIAN

7. Saya sudah dapat tawaran ke politeknik KPT tapi belum lapor diri di politeknik tersebut. Bolehkah saya mohon untuk tukar politeknik?
   
Buat surat rasmi ke Bahagian Pengambilan Pelajar. Rujuk alamat di www.politeknik.edu.my

8. Saya sudah dapat tawaran ke politeknik KPT tapi belum lapor diri di politeknik tersebut. Bolehkah saya mohon untuk tukar program pengajian?
   
Buat surat rasmi ke Bahagian Pengambilan Pelajar. Rujuk alamat di www.politeknik.edu.my

PROGRAM PENGAJIAN

9. Apakah program pengajian yang ditawarkan oleh Politeknik Sandakan Sabah?
    
 Ada tiga (3) Program:

         i)
Diploma Agroteknologi
        ii)
Diploma Akuakultur
       iii)
Diploma Pengurusan Pelancongan

10. Apakah syarat kemasukan untuk program yang ditawarkan oleh Politeknik Sandakan Sabah?
      Boleh rujuk di sini:
                      
http://www.politeknik.edu.my/esemak/index.asp

11. Bagaimana untuk saya ketahui samada saya layak atau tidak untuk memohon ke Politeknik KPT?
       Boleh rujuk di sini: 
                       http://www.politeknik.edu.my/esemak/index.asp

YURAN PENGAJIAN/ASRAMA/PENDAFTARAN

 12. Berapakah yuran yang saya perlu bayar?
       
Ada TIGA (3) jenis yuran:
            i)
Yuran Pengajian RM 200
            ii)
Yuran Asrama RM 360.00
           iii)
Yuran Pendaftaran RM600.00 

       Diingatkan juga bahawa pelajar akan dikehendaki membeli beberapa keperluan untuk tujuan pembelajaran seperti Baju Makmal. Harga sekitar RM45-RM55.

APLIKASI ONLINE

Button SPMPButton HRMISButton eSISSButton CIDOSmySPA1L5G

STATISTIK PELAWAT

224796
Hari IniHari Ini150
KelmarinKelmarin668
Minggu IniMinggu Ini2298
Bulan IniBulan Ini11089
KeseluruhanKeseluruhan224796
IP Anda :54.80.148.252

Button myGovt BlueButton JPA BlueButton MSC BlueButton JPP Blue 2Button SPP BlueButton MoE BlueButton mampu BlueButton MQA BlueButton MDEC BlueButton 1Malaysia BlueButton AKEPTButton PTPTNButton StudyMalaysiaButton ANMButton myGovmobile


Politeknik Sandakan Sabah 10th Anniversary