Powered by OrdaSoft!

KEPUTUSAN RASMI PEPERIKSAAN AKHIR SESI DISEMBER 2015

Ditulis oleh Mohammad Shukri bin Abdul Shukor (PPTM F29) on . Posted in BERITA/AKTIVITI PSS

 

Keputusan Rasmi Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2015 akan dimumumkan pada 10 Mei 2016 (Selasa) melalui Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP: i-Exam).

Tempoh Rayuan Keputusan: 11 – 24 Mei 2016
Keputusan Rayuan: 7 Jun 2016

 

ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN (EDISI 5, DIS 2015) (M/S 37)
BAHAGIAN 6 : RAYUAN KEPUTUSAN

32.          RAYUAN

                32.1        Rayuan Ke Atas Keputusan Penilaian

               Pelajar yang ingin membuat rayuan ke atas keputusan penilaiannya boleh berbuat demikian secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bukti-bukti berkaitan.
              
Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap rayuan yang dikemukakan dan hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas nama PENGARAH POLITEKNIK yang berkenaan.

                32.2        Keputusan Rayuan

                                32.2.1    Pelajar Semester Akhir
                              
Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh   penerimaan keputusan rayuan daripada Lembaga Peperiksaan. Keputusan rayuan adalah muktamad

                              
32.2.2    Pelajar Bukan Semester Akhir
                              
Keputusan Rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar oleh Pegawai Peperiksaan dalam tempoh empat belas (14)hari dari tarikh penerimaan keputusan rayuan daripada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik. Keputusan rayuan adalah muktamad.


33.          PENYEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR

                             
33.1    Pelajar yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu kursus hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh keputusan rasmi diumumkan.
                             
33.2    Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus dan hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas nama “PENGARAH POLITEKNIK” yang berkenaan.
                             
33.3    Keputusan semakan semula pelajar akan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan keputusan rayuan daripada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik. Keputusan semakan adalah muktamad.

RINGKASAN :

BIL JENIS PERMOHONAN Kadar Bayaran (RM)
1. Rayuan ke atas Keputusan Penilaian (Muat Turun Borang) Klik Sini 50.00
2. Penyemakan semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir (Muat Turun Borang) Klik Sini 25.00


*
Dimaklumkan bahawa Pelajar adalah
DIGALAKKAN membuat Bayaran atas setiap rayuan melalui WANG TUNAI dan DATANG TERUS ke Unit Peperiksaan, Politeknik Sandakan Sabah (PSS).

Setiap bayaran yang dikenakan adalah bertujuan untuk mendidik pelajar agar peka dengan peraturan-peraturan peperiksaan yang sedia ada. Di samping itu, rayuan hanya boleh dipohon oleh pelajar yang mempunyai asas kukuh sahaja dengan merujuk kepada Buku Arahan-arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian.

Bayaran yang diterima daripada pelajar-pelajar tersebut dimasukkan ke dalam akaun Hasil Kerajaan Politeknik masing-masing.

SEBARANG PERTANYAAN (PENTING) BERHUBUNG KES RAYUAN BOLEH MENGHUBUNGI PEGAWAI DI UNIT PEPERIKSAAN DI TALIAN 089-228351 / 016-8215421 (PN SITTI HAJRAH) / 012-8212728 (PN KHATIJAH)

APLIKASI ONLINE

Button SPMPButton HRMISButton eSISSButton CIDOSmySPA1L5G

STATISTIK PELAWAT

244833
Hari IniHari Ini97
KelmarinKelmarin177
Minggu IniMinggu Ini1255
Bulan IniBulan Ini2623
KeseluruhanKeseluruhan244833
IP Anda :54.234.247.118

Button myGovt BlueButton JPA BlueButton MSC BlueButton JPP Blue 2Button SPP BlueButton MoE BlueButton mampu BlueButton MQA BlueButton MDEC BlueButton 1Malaysia BlueButton AKEPTButton PTPTNButton StudyMalaysiaButton ANMButton myGovmobile


Politeknik Sandakan Sabah 10th Anniversary