Info Jabatan

Fungsi Unit Perpustakaan PSS adalah mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat cintakan perpustakaan dan membidayakan ilmu. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan membudayakan perkembangan teknologi semasa. Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kretif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.

Unit Perpustakaan PSS merupakan sebuah unit yang memberikan perkhidmatan sumber maklumat kepada semua warga PSS. Ini selaras dengan kehendak kerajaan yang menggalakkan pembelajaran berterusan serta sikap suka membaca di kalangan rakyat. Selain daripada itu, Unit Perpustakaan PSS juga memberikan perkhidmatan dalam bentuk carian maklumat, penyebaran maklumat terpilih, sirkulasi rujukan serta pinjaman antara perpustakaan.

Carta Organisasi