Info Jabatan

Unit Penyelidikan & Inovasi, Politeknik Sandakan Sabah (PSS) ditubuhkan bersesuaian dengan Teras Ketiga dalam Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) iaitu melaksanakan polisi dan membangunkan penyelidikan, inovasi dan keusahawanan. Aktiviti-aktiviti untuk membudayakan inovasi di kalangan pelajar dan staf, menjalankan kajian, penubuhan kelab usahawan-usahawan serta membudayakan penyelidikan dan menerbitkan penulisan ilmiah merupakan antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Unit ini.

Matlamat Unit ini adalah untuk merencana, merancang aktiviti dan menggalakkan inovasi dikalangan pelajar dan staf, kajian, penyelidikan serta penerbitan penulisan di peringkat PSS khususnya. Proses pemantauan dan penetapan hala tuju proses penyelidikan serta penerbitan penulisan ilmiahnya boleh menjadi agenda utama Unit ini.

Carta Organisasi