Info Jabatan

Memberi Khidmat Kauseling dan Bimbingan secara profesional supaya proses penyuburan dan perkembangan akademik untuk memastikan matlamat melahirkan tenaga kerja separa profesional yang seimbang dari segi mental, jiwa dan fizikal tercapai.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Kaunseling Pemulihan:Khidmat bersifat pembaikan dan pemulihan atau mengorientasikan pelajar yang  bermasalah supaya mampu mengatasi masalahnya.
Kauseling Pengkayaan :Khidmat memberi dorongan yang meliputi semua aspek perkembangan pelajar. Perkhidmatan ini dijalankan secara Kaunseling individu atau Kaunseling Kelompok.

Kauseling Individu : Ialah pertemuan anda dan kaunselor anda.

Kaunseling Kelompok : Ialah pertemuan anda dan beberapa rakan yang mempunyai persolaan yang sama dengan kaunselor anda.

BAGAIMANA UNTUK BERJUMPA KAUNSELOR ANDA?

  1. Datang seorang atau dengan rakan anda
  2. mengisi borang temujanji kaunseling yang boleh didapati di luar bilik kauseling
  3. datang terus berjumpa penyelaras kauseling jabatan atau pegawai kauseling jika memerlukan bantuan segera.

Carta Organisasi