Info Unit

PENGENALAN

Unit Jaminan Kualiti berfungsi sebagai satu unit yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti di Politeknik Sandakan Sabah. Terdapat 4 unit kecil yang bernaung di bawah Unit Jaminan Kualiti iaitu Pengurusan Kualiti (ISO), Akreditasi, PolyRate & PolyPmo. Unit ini diwujudkan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dapat dibentuk dan mencapai objektif berpandukan kepada Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti yang ditetapkan.

 

FUNGSI

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti (SPK) selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  2. Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan SPK.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK serta menilai keberkesanannya.
  4. Menjadi rujukan organisasi bagi perlaksanaan SPK dalam memenuhi keperluan standard dan dokumen kualiti yang berkuatkuasa.

DASAR KUALITI PSS

Dasar kualiti Politeknik Sandakan Sabah adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang teknologi pertanian dan akuakultur.  Dasar yang seterusnya ialah berusaha ke arah mendapatkan akreditasi MS ISO 9001:2015 melalui sistem yang efisien menjelang tahun 2020.  Politeknik Sandakan Sabah komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti bagi memastikan keberkesanan sistem secara berterusan.

OBJEKTIF KUALITI PSS

  1. Kecemerlangan Akademik
  • Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.
  • Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.
  1. Kecemerlangan Staf
  • Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan selama 5 hari setahun.
  • Memastikan Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh setahun.
  1. Kecemerlangan Proses
  • Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan

 

Carta Organisasi