Info Jabatan

1. Sejajar dengan kehendak kerajaan dalam melahirkan palajar yang mampu berdaya saing, berketerampilan dan berpengetahuan tinggi serta celik IT, Politeknik Sandakan Sabah telah menubuhkan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) seiring dengan penubuhan Politeknik Sandakan Sabah iaitu pada 12 Mei 2008 di samping Jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) dan Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri sebagai Jabatan induk dan juga satu lagi jabatan sokongan iaitu Jabatan Pengajian AM (JPA).

2. Di peringkat awal penglibatan, JMSK berperanan sebagai jabatan sokongan kepada jabatan-jabatan induk bermula pada 1 Julai 2009 di mana sesi pengambilan pelajar pertama bagi Program Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) iaitu seramai 16 orang pelajar.

3. Bermula titik pertama dari tarikh tersebut, sebagai satu jabatan sokongan, JMSK telah menawarkan kursus-kursus yang menyokong  bagi program-program di jabatan induk. Di antara kursus-kursus yang telah ditawarkan adalah seperti Kursus Aplikasi Komputer (B1003) bagi kod lama dan BC101 bagi kod kursus baru, Kursus  Sains Juruteknik (B1004), Matematik Kejuruteraan 1 (BA101), Sains Kejuruteraan (BB101), Matematik Kejuruteraan 2 (B2001) dan Matematik Kejuruteraan 3 (BA301).

Di antara modul JMSK ialah :

(Jabatan Kejuruteraan Elektrik)
Semester 1 - Matematik Kejuruteraan 1, Aplikasi Komputer & Sains Juruteknik
Semester 2 - Matematik kejuruteraan 2
Semester 3 - Matematik Kejuruteraan 3
Semester 5 - Matematik kejuruteraan 4
Semester 6 - Matematik kejuruteraan 5

(Jabatan Hospitaliti)
Semester 1 - Aplikasi Komputer

(Jabatan Teknologi Agro & Bio-Industri)
Semester 1- 
BC101 Computer application, BA105 Agricultural Mathematics

Carta Organisasi