SOALAN LAZIM (FAQ)
PENDAFTARAN DAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DIS 2020

 

PENDAFTARAN PELAJAR

1. Bila tarikh rasmi pendaftaran dan lapor diri pelajar senior bagi Sesi Dis 2020?
Tarikh rasmi Pendaftaran Pelajar  Senior Sesi  Dis 2020 adalah pada 8hb Mac 2021(Isnin). Manakala tarikh rasmi pelajar lapor diri secara fizikal adalah bermula 22hb Mac 2021 (Isnin).

2. Apakah dokumen yang perlu saya lengkapkan sebelum melapor diri ke Politeknik Sandakan?
Semua pelajar baharu dikehendaki untuk mencetak Surat Lapor Diri Pelajar Senior Sesi Dis 2021. Pelajar boleh merujuk surat tersebut untuk menyemak senarai  dokumen yang perlu dibawa.

3. Saya ada masalah kewangan. Bolehkah saya memohon penangguhan yuran?
Semua yuran yang dinyatakan perlu dibayar sebelum tarikh pendaftaran untuk tujan mengaktifkan status pelajar.  Kegagalan pelajar untuk melunaskan pembayaran yuran akan memberi kesan pada PdP pelajar. Namun begitu sekiranya pelajar mempunyai masalah kewangan yang kritikal boleh menghubungi Penasihat Akademik masing- masing untuk mendapatkan nasihat dan pandangan .

4. Saya ada masalah untuk datang melapor diri pada tarikh yang ditetapkan. Bolehkah saya datang lewat?
Pelajar perlu menghantar surat rasmi kepada Ketua Jabatan melalui Penasihat Akademik masing- masing. Pelajar perlu mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan anda.

5. Bolehkah saya membayar yuran secara online banking bukan milik saya?
Boleh tetapi Yuran Pengajian dan Yuran Asrama hanya boleh dibayar melalui Akaun Bank Islam (BIMB) sahaja. Manakala bayaran insurans boleh mengunakan mana- mana online banking.

6. Bagi pembayaran yuran pengajian dan asrama, perlukah pelajar membuka akaun Bank Islam?
Tidak perlu. Pembayaran yuran tersebut boleh dibuat melalui ATM sekiranya tiada akaun Bank Islam (Rujuk Tatacara Pembayaran pada Surat Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Dis 2020)

7. Perlukah saya menghantar dokumen yang diminta secara pos kepada PA?
Tidak perlu. Dokumen tersebut boleh diserahkan kepada PA semasa Lapor Diri di kampus

8. Saya telah membuat pembayaran yuran. Bila saya boleh  mula mendaftar secara dalam talian (SPMP)?
Pelajar boleh mula mendaftar selepas 24 jam ke 48 jam selepas pembayaran yuran tersebut di proses dalam sistem dan ini tidak termasuk hujung minggu.

 

PROSES PERGERAKAN PELAJAR KE KAMPUS SEMASA PKPP

9. Bagaimana proses pegerakan pelajar ke kampus dengan arahan MKN bahawa rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan?
Pelajar boleh memohon Surat Kebenaran Pegerakan pelajar untuk merentas daerah/negeri melalui HEP bermula 16 Mac 2021. 

10. Dokumen apa yang perlu saya bawa semasa merentas daerah/negeri?
Pelajar perlu membawa dokumen tersebut untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa semasa merentas daerah/negeri:
1) Surat Lapor Diri Pelajar Senior Sesi Dis 2020
2) Surat Edaran dari KPT
3) Surat Kebenaran Pegerakan Pelajar

11. Saya pelajar dari Sarawak/Semenanjung. Bagaimana proses kemasukkan ke Sabah?
Pelajar perlu menjalani Ujian Swab Test (RTK atau PCR) 3 hari sebelum tarikh penerbangan. Pelajar dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan Pejabat Kesihatan Daerah masing - masing dan memaklumkan mengenai jadual penerbangan anda untuk mendapat maklumat yang tepat mengenai keputusan Ujian tersebut.

12. Perlukah pelajar membuat permohonaan kemasukkan ke Sabah semasa tempoh PKPP ini?
Bagi pelajar tidak perlu memohon. Pelajar hanya perlu mengemukakan Kad Matrik @ Kad Pendaftaran Pelajar, Surat Lapor Diri Pelajar Senior Sesi Dis 2020, Surat Kebenaran Pergerakan dari PSS dan Surat dari KPT sebagai dokumen sokongan. Pelajar juga dinasihatkan untuk membuat Dokumen Perjalanan Terhad.


13. Saya pelajar dari Sabah. Perlukah saya membuat swab test sebelum masuk ke kampus?
Iya, merujuk pada Surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, semua pelajar perlu menjalani Swab Test Covid19 sebelum masuk ke kampus. Keputusan ujian tersebut perlu diserahkan kepada Penasihat Akademik semasa tarikh lapor diri.


14. Dimana saya boleh membuat Swab Test Covid19?
Pelajar dinasihatkan untuk ke Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing untuk membuat Swab test tersebut. Bagi pelajar di sekitar Kota Kinabalu, pelajar boleh ke Pusat Saringan Covid 19 Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu yang dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.


15. Adakah pelajar akan dikenakan bayaran untuk Swab Test ini?
Pelajar boleh bertanyakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah masing - masing dengan menunjuk Surat Lapor Diri dan  Surat dari KPT (Pelajar Sarawak dan Semenanjung) atau Surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (Pelajar Sabah) sebagai dokumen sokongan.

16. Sekiranya pelajar merupakan PUS/PUI kepada  kontak rapat atau mempunyai gejala atau didapati positif Covid19 semasa tarikh lapor diri. Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Pelajar WAJIB memaklumkan perkara berikut kepada Penasihat Akademik masing-masing. Pelajar perlu mengemukakan dokumen yang menyatakan perkara berikut dan mengikuti arahan pihak KKM. Pelajar dibenarkan untuk tidak datang pada tarikh lapor diri sehingga didapati bebas dari penyakit tersebut.