SOALAN LAZIM (FAQ)
KEMASUKKAN PELAJAR BAHARU SESI DIS 2020 

PENDAFTARAN PELAJAR

1. Bila tarikh rasmi pendaftaran secara fizikal ke kampus bagi pelajar bahru Sesi Dis 2020?
Tarikh rasmi Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Dis 2020 adalah pada 2hb Mac 2021 (Selasa).
Pelajar boleh merujuk surat tawaran masing- masing di ambilan.mypolycc.edu.my.


2. Apakah borang yang perlu saya lengkapkan sebelum melapor diri ke Politeknik Sandakan?
Semua pelajar baharu dikehendaki untuk memuatturun dan melengkapkan Borang HEP1- 6
dan dibawa pada hari lapor diri. Pelajar boleh rujuk Buku Panduan Pendaftaran Sesi Dis 2020
untuk menyemak senarai semak dokumen.


3. Saya ada masalah kewangan. Bolehkah saya memohon penangguhan yuran?
Semua yuran yang dinyatakan perlu dibayar sebelum tarikh pendaftaran untuk tujuan
mengaktifkan status pelajar. Namun begitu sekiranya pelajar mempunyai masalah kewangan
yang krtikal boleh menghubungi Pegawai Pengambilan.


4. Bolehkah saya membuat pemeriksaaan kesihatan di Klinik Swasta?
Boleh dengan syarat klinik tersebut boleh melakukan Ujian Xray untuk memantau tahap
kesihatan pelajar.


5. Di mana saya boleh memuat turun Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu?
Muatturun ini akan disekat sehingga perkra-perkara berikut dilaksanakan.
i) Pelajar perlu Klik Setuju Terima melalui portal ambilan.mypolycc.edu.my
ii) Cetak dan hantar Salinan Borang Jawapan Tawaran
iii) Mendapatkan pengesahan penerimaan BJT dari PSS melalui portal
ambilan.mypolycc.edu.my

Setelah semua ini telah dilakukan pelajar boleh memasuki laman web
http://spmp.pss.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp


6. Bagi pembayaran yuran pengajian dan asrama, perlukah pelajar membuka akaun Bank
Islam?
Tidak perlu. Pembayaran yuran tersebut boleh dibuat melalui ATM sekiranya tiada akaun Bank
Islam (Rujuk Tatacara Pembayaran Yuran di Buku Panduan Pendafataran Sesi Dis 2020)


7. Saya tidak dapat mendaftar Touch n Go e- Wallet. Bolehkah saya mengunakan e-Wallet
dengan penama orang lain?
Boleh. Pelajar hanya perlu kemukakan bukti pembayaran yang telah berjaya.


8. Sekiranya Borang Jawapan dan Borang HEP telah dihantar secara Pos Laju kepada PSS.
Perlukah pelajar membuat semula untuk penyerahan dokumen mengikut Senarai Semak

diberikan?
Tidak perlu. Dokumen asal yang telah dihantar melalui pos kepada PSS akan dikembalikan
semula pada Hari Pendaftaran.


9. Saya telah membuat pembayaran yuran. Bila saya boleh mencetak slip pendaftaran dalam
talian (SPMP)
Pelajar boleh mengesahkan pendaftaran dan kemudian cetak slip tersebut selepas 24 jam
pembayaran yuran.


PROSES PERGERAKAN PELAJAR KE KAMPUS SEMASA PKPB


10. Bagaimana proses pegerakan pelajar ke kampus dengan arahan MKN bahawa rentas daerah
dan negeri tidak dibenarkan?
Pelajar perlu memohon kebenaran merentas daerah di IPD masing- masing dengan
menunjukan Surat Tawaran, Surat Kebenaran Pergerakan dari PSS dan Surat dari KPT.


11. Dimana saya boleh mendapatkan Surat Kebenaran Pergerakan dan Surat dari KPT?
Pelajar boleh berhubung dengan Pegawai Pengambilan di talian 0133158978


12. Saya dari Sarawak/Semenanjung. Bagaimana proses kemasukkan ke Sabah?
Pelajar perlu menjalani Ujian Swab Test (RTK atau PCR) 3 hari sebelum tarikh penerbangan.


13. Perlukah pelajar membuat permohonaan kemasukkan ke Sabah semasa tempoh PKPB ini?
Bagi pelajar tidak perlu memohon. Pelajar hanya perlu mengemukakan Surat Tawaran, Surat
Kebenaran Pergerakan dari PSS dan Surat dari KPT sebagai dokumen sokongan. Pelajar juga
dinasihatkan untuk membuat Dokumen Perjalanan Terhad.

 

PROSES PENGASINGAN


14. Apakah yang dimaksudkan dengan pusat pengasingan?
Pusat Pengasingan merupakan fasiliti yang disedikan oleh IPT sebagai Zon Pengawasan bagi
memantau tahap kesihatan/risiko pelajar sebagai langkah mengawal penularan pandemik
COVID19.


15. Dimanakah penempatan pusat pengasingan bagi pelajar PSS?
Pusat Pengasingan pelajar adalah di kamsis. Pelajar akan ditempatkan 1 orang 1 bilik


16. Berapa lama pelajar akan berapa di penempatan pusat pengasingan?
Pelajar akan diasingkan selama 10 hari bermula pada tarikh pendaftaran di kampus.


17. Adakah ahli keluarga/ pelawat boleh melawat di pust pengasingan?
Tidak. Pelajar tidak dibenarkan menerima pelawat semasa tempoh pengasingan.


18. Bagaimanakah tahap kesihatan pelajar dipantau di pusat pengasingan?
Pelajar akan dipantau melalui saringan kesihatan yang dilaksanakan dua (2) kali sehari
sepanjang tempoh pengasingan tersebut.


19. Bagaimana dengan proses PdP semasa tempoh pengasingan?
Pelajar akan menjalani proses PdP secara tas talian sehingga tamat tempoh pengasingan.


20. Bagaimana dengan makan minum pelajar? Adakah pihak PSS akan tangung semasa tempoh
pengasingan ini?
Makan minum pelajar tidak akan ditanggung oleh pihak PSS. Pelajar perlu membuat
pembayaran sendiri dengan pihak kafeteria.