Politeknik Sandakan Sabah (PSS) mengucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan semua calon pelajar baharu Sesi Disember 2019 kerana berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Politeknik KPM. Semua calon pelajar baharu adalah dikehendaki untuk melaksanakan perkara berikut:

Semua Kategori Calon SPM & Selain SPM (Perlu melalui proses semakan dokumen oleh Politeknik Sandakan)

  1. Mengesahkan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran melalui laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my 
  2. Mengembalikan Borang Jawapan Tawaran (BJT) berserta dokumen-dokumen sokongan dalam tempoh 14 hari menggunakan EMPAT (4) kaedah berikut:


    Politeknik Sandakan Sabah
    Education Hub, Batu 10
    Jalan Sungai Batang
    90000 Sandakan, Sabah

     This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    011-35322443

    011-35322443

    **Semua dokumen yang dihantar melalui emel PERLU menggunakan tajuk berikut:
        “BJT & DOKUMEN SOKONGAN – NAMA  & NO IC PELAJAR”
        CTH: BJT & DOKUMEN SOKONGAN – ALI BIN AHMAD 000303125321

  3. Setelah pengesahan BJT diterima oleh PSS, calon pelajar dikehendaki memuat turun dan membaca maklumat pendaftaran/ bayaran yuran seperti berikut:
    1. Log masuk ke Sistem SPMP klik DISINI (Sila gunakan nombor Kad Pengenalan untuk Login) atau
    2. Muat turun BUKU PANDUAN DISINI
  4. Membuat bayaran Yuran Pengajian, Kolej Kediaman dan Bayaran Pendaftaran.
  5. Membuat pemeriksaan kesihatan serta melengkapkan borang-borang HEP1 sehingga HEP6.
  6. Membuat pendaftaran online dan seterusnya mencetak Slip Daftar Online DISINI (Boleh dibuat setelah 24jam bayaran yuran dibuat)