Program Bakti Siswa DAG4B anjuran Penasihatan Akademik DAG4B dengan kerjasama YESPoliteknik dengan tema "Menyantuni Warga Tua di Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan". Program ini telah dijalankan pada 18 Mac 2019 dan telah dirasmikan oleh Tuan TPSA PSS En. Irwandih Bin Mat Jaili. Penganjuran program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang holistik termasuk mampu untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat seiring dengan matlamat penubuhan YESPoliteknik.

Dalam program ini juga, perkongsian berkenaan sistem aquaponik dan penyerahan sebuah sistem aquaponik kepada warga telah berlangsung serta ramah mesra dan aktiviti gotong royong juga salah satu intipati program kali ini.Semoga banyak lagi aktiviti sebegini dapat dijalankan dimasa hadapan.. Tahniah Tahniah Tahniah !!!

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.