Permohonan ke Politeknik


1. Berapa kali pengambilan dibuka dalam setahun? 
    Dua (2) kali setahun iaitu kemasukan Sesi 1 (Bulan Mac) dan Sesi 2 (Bulan Ogos).


2. Bagaimanakah cara untuk memohon ke Politeknik Malaysia
    Bagi Sesi 1: Permohonan boleh dibuat melalui UPU (https://upu.mohe.gov.my/) dengan membeli no pin di BSN

    Bagi Sesi 2: Permohonan boleh dibuat melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my
   

3. No. Pin UPU saya tidak boleh digunakan.
   
Hubungi BSN dimana no pin tersebut dibeli.

4. Berapa lamakah tempoh sah Pin UPU?
    Untuk 1 tahun sahaja (Dalam tempoh tahun semasa sahaja)

 5. Di mana saya boleh dapatkan maklumat tentang program pengajian dan syarat kemasukan ke Politeknik Malaysia?
    
Layari portal rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar di http://ambilan.mypolycc.edu.my

Pertukaran Politeknik/Program Pengajian


6. Saya sudah dapat tawaran ke politeknik KPT tapi belum lapor diri di politeknik tersebut. Bolehkah saya mohon untuk tukar politeknik?
    Buat surat rasmi ke Bahagian Pengambilan Pelajar. Rujuk alamat dan no telefon di http://www.mypolycc.edu.my/

7. Saya sudah dapat tawaran ke politeknik KPT tapi belum lapor diri di politeknik tersebut. Bolehkah saya mohon untuk tukar program pengajian?

    Buat surat rasmi ke Bahagian Pengambilan Pelajar. Rujuk alamat dan no telefon di http://www.mypolycc.edu.my/

Program Pengajian


8. Apakah program pengajian yang ditawarkan oleh Politeknik Sandakan Sabah?
    
 Ada dua (2) program ditawarkan:
     1) Diploma Agroteknologi
     2) Diploma Akuakultur

9. Apakah syarat kemasukan untuk program yang ditawarkan oleh Politeknik Sandakan Sabah?
         

     Bagi lepasan SPM:

     1.     Warganegara Malaysia

     2.     Memiliki SPM atau setaraf

     3.     Lulus Bahasa Melayu

     4.     Lulus Sejarah (SPM 203 dan ke atas)

     5.    Mendapat Tiga  (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

     6.    Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

     Atau boleh layari laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my bagi kelulusan selain SPM        

10. Bagaimanakah untuk saya ketahui samada saya layak atau tidak untuk memohon ke Politeknik KPT?
     
Boleh buat semakan kelayakan di sini http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp


Yuran Pengajian


11. Berapakah yuran yang saya perlu bayar?

        

Yuran Jumlah
Yuran pengajian RM 200
Yuran Asrama RM360
Bayaran Pelbagai Semester 1: Maksimum RM300

 

12. Bagaimana kaedah bayaran yuran?

       

Bil Perkara Jumlah  Bayaran (RM) Cara Bayaran
1 Yuran Pengajian 200.00

Bayar melalui mana-mana perbankan internet melalui JomPAY atas nama Biller Code: 560201

Pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama perlu dibuat berasingan dengan menggunakan 2 resit berbeza

2

Yuran Asrama

(semua pelajar semester 1 ditawarkan asrama)

360.00
3

Bayaran pelbagai                  (termasuk insurans)

300.00 Pelajar perlu membayar menggunakan TnG eWallet bagi bayaran tersebut.  Pembayaran dibuat pada hari lapor diri

     

13. Tempat saya tidak ada kemudahan Bank Islam. Bolehkah saya bayar yuran pengajian dan yuran asrama melalui bank lain?
      Boleh.  Pembayaran yuran adalah dengan menggunakan perbankan internet dari mana-mana bank ke Biller Code PSS melalui JomPAY.

14. Bolehkah saya bayar secara tunai kepada Politeknik Sandakan semasa hari lapor diri?
      Tidak boleh.

15. Saya telah tersilap membuat bayaran yuran. Apakah yang perlu saya lakukan?
      Pelajar perlu membuat bayaran sekali lagi mengikut kaedah yang telah ditetapkan

16. Bagaimana dengan duit yang telah saya masukkan sebelum ini?Adakah saya boleh mohon bayaran balik?

      Boleh. Rujuk prosedur di Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk permohonan bayaran balik.

Proses Lapor Diri

 17. Apakah etika berpakaian semasa melapor diri

Lelaki Keterangan
Baju / Tali Leher Kemeja lengan panjang dan bertali leher
Seluar / Tali Pinggang
  • Seluar panjang 'slack' berwarna hitam. (Jeans dan denim tidak dibenarkan)
  • Tali pinggang berwarna hitam. (Corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan tidak dibenarkan).
Kasut
  • Kasut kulit berwarna gelap dan bertutup penuh. (Kasut sukan tidak dibenarkan)
  • Memakai sarung kaki dengan sempurna (tutup Buku lali)
Rambut
  • Pendek, kemas dan tidak diwarnakan
  • Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi

 

Perempuan Keterangan
Baju
  • Berbaju kurung / blouse labuh melepasi paras punggung.
  • Bertudung dan belebihi paras bahu bagi yang beragama Islam
  • Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan
Kasut
  • Kasut bertutup penuh
  • Memakai sarung kaki dengan sempurna
Rambut

Rambut kemas sama ada diikat atau dengan cara yang seumpama dengannya dan tidak diwarnakan serta tidak berfesyen

 

 

18. Apakah borang yang perlu saya lengkapkan sebelum hadir melapor diri ke Politeknik Sandakan?
      
Semua pelajar baharu dikehendaki untuk memuatturun dan melengkapkan borang-borang pendaftaran (HEP1-6) serta borang-borang yang terdapat di Buku Panduan Pendaftaran. 

      Borang-borang ini perlu dibawa semasa hari pendaftaran

19. Adakah saya perlu membawa dokumen asal semasa lapor diri?
      
 Ya. Pelajar dikehendaki membawa semua dokumen asal semasa melapor diri agar pegawai dapat semak silang dengan dokumen salinan yang telah diakui sah.

20. Saya ada masalah kewangan. Bolehkah saya memohon penangguhan yuran dan bagaimanakah caranya?
      Pelajar digalakkan membuat pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama agar status pelajar aktif. Permohonan penangguhan dibenarkan atas budi bicara Pengarah Politeknik.

21. Bolehkah saya buat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta?
      
Boleh.

22. Di mana saya boleh muatturun Buku Panduan Pelajar Baharu?

       i) Melalui portal rasmi Politeknik Sandakan (www.pss.edu.my)
      ii) Pautan muatturun Buku Panduan ini hanya akan diaktifkan setelah keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik dikeluarkan.
     iii) Hanya bakal pelajar yang setuju terima tawaran dan Borang Jawapan Terima (BJT) telah diterima oleh Politeknik Sandakan Sabah sahaja dibenarkan untuk memuatturun buku tersebut.

23. Saya tidak dapat memuatturun Buku Panduan Pelajar Baharu.
      
Muatturun akan disekat sehingga perkara-perkara berikut dilaksanakan.
         i) Klik butang setuju terima tawaran melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my
        ii) Cetak dan hantar salinan Borang Jawapan Tawaran beserta dokumen sokongan ke Politeknik Sandakan Sabah.
        


24. Bagaimana untuk saya ketahui status dokumen saya telah selamat diterima oleh Politeknik Sandakan atau belum?
      
Boleh rujuk di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my dan pastikan BJT telah berubah warna hijau tanda telah selamat diterima dan diproses

25. Bolehkah saya membayar yran menggunakan akaun keluarga?

      Boleh.

26. Perlukah saya membuka akaun Bank Islam?

      Pembukaan akaun Bank Islam hanya wajib dibuka sekiranya ingin membuat permohonan PTPTN.  Sekiranya tidak berminan untuk mohon PTPTN boleh buka akaun di mana-mana bank terpilih.

      

    

Kemudahan Asrama

27. Bagaimana cara untuk memohon asrama?
      Semua pelajar baharu (Semester 1) ditawarkan asrama semasa mendapat surat tawaran.  Pelajar lama (Semester 2 ke Atas) sahaja dikehendaki untuk membuat permohonan kemudahan asrama. Pelajar lama boleh rujuk

      Pejabat Asrama Politeknik Sandakan Sabah untuk proses permohonan dan pertanyaan lanjut.


28. Adakah semua pelajar diberi kemudahan asrama?
      
i) Tidak. Keutamaan diberikan kepada pelajar Semester 1.  Pelajar lama perlu membuat permohonan

29. Apakah kriteria pemilihan asrama?
     
Pihak warden dan Pengurusan Asrama Politeknik Sandakan akan membuat proses pemilihan pelajar menduduki asrama dengan melihat beberapa kriteria tersebut:

     i)  Jarak tempat tinggal dan institusi

     ii) Jumlah pendapatan isi rumah

     iii) Rekod disiplin

    iv) CGPA

    v) Penglibatan aktiviti di Politeknik

Biasiswa/Pinjaman

30. Adakah Politeknik Sandakan menyediakan kemudahan biasiswa/pinjaman?
      
Tiada. Pelajar perlu memohon sendiri kepada agensi yang berkenaan.