3. No. PIN UPU saya tidak boleh digunakan. 4. Saya sudah beli pin UPU untuk permohonan kemasukan pada Sesi Jun. Bolehkah saya gunakan Pin yang sama untuk permohonan pada Sesi Disember? 6. Di mana saya boleh dapatkan maklumat tentang program pengajian dan syarat kemasukan ke Politeknik Malaysia?
11. Bagaimana untuk saya ketahui samada saya layak atau tidak untuk memohon ke Politeknik KPT? 13. Bagaimana kaedah bayaran yuran? i) Yuran Pengajian & Asrama a) Mesin ATM b) Cash Deposit Machine (CDM) c) Perbankan Internet ii) Yuran Pendaftaran 14. Tempat saya tidak ada kemudahan Bank Islam. Bolehkah saya bayar yuran pengajian dan yuran asrama melalui bank lain? 18. Saya pelajar berpindah masuk ke Politeknik Sandakan. Berapakah yuran yang saya perlu bayar?
20. Apakah borang yang perlu saya lengkapkan sebelum hadir melapor diri ke Politeknik Sandakan? 21. Adakah saya perlu membawa dokumen asal semasa lapor diri? 22. Saya ada masalah kewangan. Bolehkah saya memohon penangguhan yuran dan bagaimana caranya? 23. Bolehkah saya buat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta? 27. Bagaimana cara untuk memohon asrama? 29. Apakah kriteria pemilihan asrama?
Permohonan ke Politeknik
1. Berapa kali pengambilan dibuka dalam setahun?
Dua (2) kali iaitu Sesi Jun dan Sesi Disember setiap tahun.
2. Bagaimanakah cara untuk memohon ke Politeknik Malaysia
Beli nombor pin di BSN berharga RM 15.64 dan isi borang permohonan online melalui portal http://www.mypolycc.edu.my/
Hubungi BSN dimana pin tersebut dibeli.
Boleh
5. Berapa lamakah tempoh sah Pin UPU?
1) 1 tahun (dalam tahun semasa sahaja).
2) Contoh 1: Beli bulan Januari 2015, tamat bulan Disember 2015.
3) Contoh 2: Beli bulan April 2015, tamat bulan Disember 2015.
Layari portal rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar di http://www.mypolycc.edu.my/Pertukaran Politeknik/Program Pengajian
7. Saya sudah dapat tawaran ke politeknik KPT tapi belum lapor diri di politeknik tersebut. Bolehkah saya mohon untuk tukar politeknik?
Buat surat rasmi ke Bahagian Pengambilan Pelajar. Rujuk alamat di http://www.mypolycc.edu.my/
8. Saya sudah dapat tawaran ke politeknik KPT tapi belum lapor diri di politeknik tersebut. Bolehkah saya mohon untuk tukar program pengajian?
Buat surat rasmi ke Bahagian Pengambilan Pelajar. Rujuk alamat di http://www.mypolycc.edu.my/
Program Pengajian
9. Apakah program pengajian yang ditawarkan oleh Politeknik Sandakan Sabah?
Ada tiga (2) Program:
1) Diploma Agroteknologi
2) Diploma Akuakultur
10. Apakah syarat kemasukan untuk program yang ditawarkan oleh Politeknik Sandakan Sabah?
Boleh rujuk di sini:
http://www.mypolycc.edu.my/
Boleh rujuk di sini:
http://www.mypolycc.edu.my/Yuran Pengajian
12. Berapakah yuran yang saya perlu bayar?
Ada TIGA (3) jenis yuran:
i) Yuran Pengajian RM 200
ii) Yuran Asrama RM 360.00
iii) Yuran Pendaftaran RM600.00
Diingatkan juga bahawa pelajar akan dikehendaki membeli beberapa keperluan untuk tujuan pembelajaran seperti Baju Makmal. Harga sekitar RM45-RM55.
1) Hanya bagi pelajar yang memiliki Akaun Simpanan di BIMB
2) Pilih menu LAIN-LAIN
3) Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT
4) Pilih menu YURAN IPT
5) Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan didebit)
6) Masukkan No.Kad Pengenalan Pilih Bil yang ingin dibayar . Sahkan amaun yang ingin dibayar
7) Transaksi selesai dan ambil resit
1) Bagi pelajar yang tidak memiliki Akaun Simpanan BIMB
2) Pilih menu YURAN IPT
3) Masukkan No. Kad Pengenalan
4) Pilih POLITEKNIK KPT
5) Sahkan data dan masukkan wang
6) Sahkan jumlah kemasukan wang
7) Transaksi selesai dan ambil resit
1) Hanya bagi pelajar yang memiliki Akaun Simpanan BIMB
2) Layari www.bankislam.com.my
3) Klik logo ”Internet Banking” dan tekan butang ”OK” pada ”Security Alerts"
4) Masukkan ID Pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam
5) Pilih ”BILL PRESENTMENT” pada bahagian BILL PAYMENT
6) Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.
7) Masukkan No.Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik ”NEXT”.
9) Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih ”SOURCE ACCOUNT” yang hendak didebitkan dan sahkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik ”PAY”.
10) Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan.
11) Klik ”CONFIRM” untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.
12) Skrin berikut akan menunjukkan maklumat bayaran yang telah dilakukan.Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat salinan maklumat bayaran yang dilakukan sebagai rujukan.
Pelajar boleh menggunakan kaedah berikut untuk bayaran yuran pendaftaran:
a) Melalui kaunter BIMB (Caj perkhidmatan akan dikenakan oleh pihak Bank Islam).
b) Melalui Internet banking (https://www.bankislam.biz/) bagi yang memiliki akaun Bank Islam sahaja.
c) Setiap bayaran perlu dinyatakan tujuan bayaran iaitu ”Contoh:YURAN PENDAFTARAN SESI DIS 2015.
Tidak boleh. Yuran Pengajian dan asrama MESTI dibayar melalui Bank Islam. Walaubagaimanapun pelajar boleh membayar Yuran Pendaftaran (RM600)
menggunakan arahan pindahan daripada mana-mana bank tempatan.
15. Saya tidak sempat untuk bayar yuran di Bank Islam. Bolehkah saya bayar secara tunai kepada Politeknik Sandakan semasa hari lapor diri?
Tidak boleh.
16. Saya telah tersilap membuat bayaran yuran. Apakah yang perlu saya lakukan?
Pelajar perlu membuat bayaran sekali lagi mengikut kaedah yang telah ditetapkan
17. Bagaimana dengan duit yang telah saya masukkan sebelum ini?Adakah saya boleh mohon bayaran balik?
Boleh. Rujuk prosedur di Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk permohonan bayaran balik.
Ada TIGA (3) jenis yuran:
i) Yuran Pengajian RM 200
ii) Yuran Asrama RM 360.00 (Jika ditawarkan asrama)
iii) Yuran Pendaftaran – Hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk maklumat lanjut
(Diingatkan juga bahawa pelajar akan dikehendaki membeli beberapa keperluan untuk tujuan pembelajaran seperti Baju Makmal. Harga sekitar RM45-RM55)Proses Lapor Diri
19. Apakah etika berpakaian semasa melapor diri?
i) Semua pelajar baharu/lama perlu memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah, bertali leher, seluar slack berwarna gelap dan kasut kulit berwarna gelap.
ii) Untuk maklumat lebih lengkap, bakal pelajar dikehendaki untuk memuatturun Buku Panduan Pendaftaran melalui portal rasmi Politeknik Sandakan setelah keputusan permohonan kemasukan
ke Politeknik KPT dikeluarkan.
Semua pelajar baharu dikehendaki untuk memuatturun dan melengkapkan borang-borang pendaftaran (HEP1-6) dan dibawa pada hari lapor diri rasmi.
i) Ya. Pelajar dikehendaki membawa semua dokumen asal semasa melapor diri. Salinan dokumen yang diakui sah tidak boleh digunakan.
ii) Pelajar yang tidak membawa dokumen asal akan menjejaskan proses lapor dirinya.
Permohonan penangguhan dibenarkan atas budi bicara Pengarah Politeknik. Pelajar boleh mendapatkan Borang Permohonan Penangguhan Yuran di kaunter semasa hari lapor diri rasmi.
Boleh.
24. Di mana saya boleh muatturun Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu?
i) Melalui portal rasmi Politeknik Sandakan www.pss.edu.my.
ii) Pautan muatturun Buku Panduan ini hanya akan diaktifkan setelah keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik KPT dikeluarkan.
iii) Hanya bakal pelajar yang bersetuju untuk menerima tawaran dan Borang Jawapan Terima (BJT) telah diterima oleh Politeknik Sandakan sahaja dibenarkan untuk memuatturun
Buku Panduan ini.
25. Saya tidak dapat memuatturun Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu.
Muatturun akan disekat sehingga perkara-perkara berikut dilaksanakan.
i) Klik butang Setuju Terima melalui portal www.politeknik.edu.my
ii) Cetak dan hantar salinan (Pastikan telah disah benar oleh pegawai yang dibenarkan) dokumen yang dikehendaki ke Politeknik Sandakan Sabah.
iii) Dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk tujuan pengeposan dokumen.
26. Bagaimana untuk saya ketahui status dokumen saya telah selamat diterima oleh Politeknik Sandakan atau belum?
Boleh rujuk sini www.politeknik.edu.my.
Kemudahan Asrama
Semua pelajar baharu (Semester 1) ditawarkan asrama.Pelajar lama (Semester 2 dan ke atas) sahaja yang dikehendaki untuk memohon kemudahan asrama.
Rujuk Pejabat asrama Politeknik Sandakan untuk maklumat lanjut.
28. Adakah semua pelajar diberi kemudahan asrama?
i) Tidak. Keutamaan adalah pelajar semester 1.
ii) Pelajar lain perlu memohon.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar tidak terlibat dalam proses pemilihan pelajar yang akan menduduki asrama. Sebarang kemusykilan sila rujuk Pejabat Asrama Politeknik Sandakan Sabah.