PENGENALAN

Borneo Innovation Festival (BIF) merupakan pertandingan inovasi peringkat Kebangsaan yang diadakan setiap tahun dan dianjurkan oleh Unit Penyelidikan & Komersilan (UPIK) Zon Sabah dan Sarawak. Kewujudan BIF ini adalah dari Betong Innovation Festival yang dianjurkan oleh Politeknik Metro Betong Sarawak (PMBS) pada tahun 2017 dan 2018. Antara pengasas BIF ini ialah TPA PMBS, En. Mohd Zamre Abdul Rahman. Pada tahun 2019, BIF dijenamakan semula kepada Borneo Innovation Festival.

Pada tahun ini, Politeknik Sandakan Sabah telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Borneo Innovation Festival 2021 (BIF2021) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan & Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Dengan bertemakan “Innovation for Better Tomorrow”, BIF2021 diharapkan dapat menarik minat penyertaan bukan sahaja peserta daripada Sabah dan Sarawak, malah seluruh Malaysia.

 

SYARAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan Inovasi terbuka kepada semua pensyarah & pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta murid-murid bagi sekolah-sekolah menengah seluruh negara.
  2. Terdapat ENAM (6) kategori penyertaan iaitu:

    Kategori 1:

    Pembinaan & Bahan / Rekabentuk Alam Bina & Rekabentuk Dalaman

    Kategori 2:

    Mesin, Peralatan & Proses Pengilangan

    Kategori 3:

    ICT & Multimedia

    Kategori 4:

    Elektrik, Elektronik & Telekomunikasi

    Kategori 5:

    Produk Hijau / Pertanian / Alam Sekitar / Tenaga Boleh Diperbaharui

    Kategori 6:

    Pengajaran & Pembelajaran

  3. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 17 September 2021 sebelum jam 5.00 petang. Projek yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
  4. Bilangan ahli kumpulan adalah maksimum LIMA (5) orang ahli sahaja termasuk penyelia projek. Maklumat dalam sijil adalah berdasarkan ejaan dan turutan semasa pendaftaran online dan sebarang pindaan adalah tidak dibenarkan.
  5. Yuran Penyertaan adalah  RM150 (semua penyertaan) dan RM75 (Pelajar Politeknik Sandakan Sabah). Pembayaran mestilah dibuat secara TUNAI/Online Transfer sahaja.
  6. Hanya penyertaan yang lengkap dan telah membuat pembayaran penuh sebelum atau pada 17 September 2021 akan diterima untuk menyertai pertandingan. Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh pihak penganjur. Sekiranya peserta menarik diri dari pertandingan, yuran tidak akan dikembalikan.
  7. Sebarang penerangan berkaitan projek boleh menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  8. Setiap penyertaan akan diberikan SATU (1) Sijil Penyertaan dan SATU (1) Sijil Pencapaian dalam bentuk digital (e-sijil) serta Pingat (jika berkenaan). Penambahan sijil dan pingat akan dikenakan bayaran tambahan iaitu RM5 dan RM20 masing-masing.
  9. Panel penilai pertandingan akan menilai dan memilih LIMA (5) projek  terbaik dari setiap kategori untuk menyertai sesi pitching (atas talian) yang dijalankan secara langsung (live) pada 27 Oktober 2021. Sesi pitching dijalankan untuk menentukan pemenang projek inovasi tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori. Ia juga akan menentukan pemenang bagi Anugerah Best Innovation dan Anugerah Young Innovation. Kumpulan yang layak ke sesi pitching akan dimaklumkan melalui e-mel dan telegram.

 

FORMAT PERTANDINGAN

  1. Projek inovasi mestilah hasil ciptaan dan idea sendiri dan bukan plagiat. Walau bagaimanapun, adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama kepada hasil kreativiti.
  2. Projek yang pernah memenangi mana-mana anugerah inovasi adalah TIDAK LAYAK dipertandingkan dalam pertandingan ini, KECUALI TERDAPAT BUKTI PENAMBAHAN ATAU PENGUBAHSUAIAN DISERTAKAN.
  3. Setiap penyertaan WAJIB mengemukakan satu (1) e-poster, satu (1) slaid pembentangan (ppt/pdf) dan satu (1) video pendek berdurasi maksimum 5 minit untuk menerangkan tentang projek inovasi.
  4. Spesifikasi e-poster BIF2021 adalah berukuran A3 (11.69inch x16.53inch), terhad kepada satu (1) muka surat sahaja dan susunan kandungan dalam poster adalah mengikut kreativiti peserta masing-masing. Sila gunakan format poster yang disertakan. e-poster perlulah disimpan dalam bentuk pdf.
  5. Durasi video pendek adalah maksimum LIMA (5) minit dan hanya satu (1) rakaman video sahaja perlu dihantar oleh setiap projek untuk dinilai. Video kualiti mestilah HD atau FULL HD. Persembahan video bergantung kepada kreativiti masing-masing.
  6. Slaid pembentangan yang dihasilkan adalah terhad sehingga 15 muka surat sahaja. Slaid pembentangan perlulah disimpan dalam dalam bentuk ppt/pdf
  7. Peserta dikehendaki menghantar E-poster, slaid pembentangan dan video pendek dengan menggunakan pautan Borang Penghantaran Dokumen yang akan diberi melalui e-mel. Video perlu dimuatnaik di YouTube dan hanya pautan video sahaja dimuatnaik dalam Borang Penghantaran Dokumen. Sila rujuk maklumat tentang cara memuatnaik video di website BIF21. Panduan proses penghantaran, contoh e-poster BIF2021 boleh dirujuk pada pautan Panduan BIF 2021
  8. Penilaian dan anugerah pertandingan inovasi adalah berdasarkan:
    a) Kualiti projek (idea, hasil inovasi, impak) - 70 Markah
    b) Persembahan (pembentangan dalam video) - 30 Markah.
  9. Penilaian akan dibuat oleh DUA (2) orang panel penilai. Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  10. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.

* pindaan akan dilakukan jika terdapat berkeperluan.

 

HADIAH & SIJIL PENCAPAIAN

Sijil untuk percapaian EMAS, PERAK dan GANGSA akan diberikan kepada peserta yang mendapat markah berdasarkan julat yang ditentukan dan terdapat juga TIGA pemenang keseluruhan dalam setiap kategori

Tempat Pertama: Hadiah bernilai RM200.00 + Sijil Pencapaian + Medal

Tempat Kedua: Hadiah bernilai RM 150.00 + Sijil pencapaian + Medal

Tempat Ketiga: Hadiah bernilai RM 100.00 + Sijil pencapaian + Medal

 

ANUGERAH BEST INNOVATION DAN YOUNG INNOVATION AKAN DIBERIKAN KEPADA PROJEK TERBAIK KESELURUHAN

Anugerah Best Innovation: Hadiah bernilai RM 300.00 + Sijil pencapaian + Medal

Anugerah Young Innovator: Hadiah bernilai RM 300.00 + Sijil pencapaian + Medal

 

CARTA ALIR BIF21

Berikut adalah maklumat dan tarikh penting bagi penerimaan Penyertaan:

29 Jun – 17 Sept. 2021       Pendaftaran, Pembayaran Yuran Penyertaan, Penghantaran Abstrak 

01 – 23 Sept. 2021              Muat Naik Video Inovasi, Poster dan Slide Pembentangan (PPT/PDF)

01 – 18 Okt. 2021                Penilaian Juri (Atas talian)

27 Okt. 2021                        Sesi Pitching (Atas talian)

28 Okt. 2021                        Pengumuman Keputusan (Atas talian)

 

PENDAFTARAN BIF2021

Untuk mendaftar sila klik DISINI atau imbas kod QR dibawah.

AJK PENDAFTARAN

1. Cik Nik Salwani Binti Nik Yusoff  (014 - 5770084)

2. Encik Mohd Syukri Samsuri (013-8985399)