Tarikh : 21 & 22 Oktober 2020
Tempat : Politeknik Kuching Sarawak

BORNEO INNOVATION FESTIVAL 2020

Borneo Innovation Festival 2020 (BIF’20) adalah pertandingan projek inovasi peringkat kebangsaan yang terbuka kepada semua institusi, agensi dan individu yang berminat.

Projek inovasi dipertandingkan mengikut 6 kelas yang ditetapkan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pensyarah dan pelajar institusi pengajian awam dan swasta serta murid-murid bagi sekolah-sekolah seluruh negara.

Pertandingan ini berkonsepkan online di mana peserta boleh mengaplikasi penggunaan teknologi ICT dalam menghasilkan projek atau menjawab soalan-soalan panel bila hari festival nanti.

PSS telah mempertaruhkan 6 produk dalam BIF'20 kali ini dan sukacita dimaklumkan kesemua produk hasil PSS ini memperolehi pencapaian yang terbaik. Berikut merupakan pencapaian yang diperolehi:

Produk: SKYTECH VERTICAL FARMING
Penyelia: En. Sures Narayasamy
Pencapaian: EMAS 🥇
Pelajar: Mohd Irfan Hakim Bin Malik
Logavendra Loganathan
Nurul Syazwanj Najwa

Produk: SEAWEED BASED SEED BOOSTER
Penyelia: En. Sures Narayasamy
Pencapaian: PERAK 🥈
Pelajar: Ganeshwaran Ramesh
Kshabaletchumy Seevanathan

Produk: EZYSOIL
Penyelia: En. Sures Narayasamy
Pencapaian: PERAK 🥈
Pelajar: Karen Lu Ee Tyng

Produk: PSS SMART FISH FEEDER 4.0
Penyelia: En. Azhar Ambo
Pencapaian: PERAK 🥈
Pelajar: Mohammad Adzlie Bin Haibil
Frederick Chu Li Jung
Jarinna Sylvester

Produk: TANAMAN KETUM AYAM SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN
Penyelia: En. Mohd Syukri Bin Samsuri
Pencapaian: GANGSA 🥉
Pelajar: Jarina Binti Sabinus
Mohammad Ramzainie Bin Ramlee
Natalia Huyang Song
Davis R Balandi

Produk: EKSTRAK CUKA KAYU DAN SISA BUANGAN LAUT
Penyelia: Pn. Mahaletchumy Krishnamoorthy
Pencapaian: GANGSA 🥉
Pelajar: Eldylen Jalius
Siti Nur Kamaliah Binti Terbit
Siti Munirah Binti Kamsin
Gary Joe Joseph

Anda semua tunjang kepada pembudayaan inovasi di PSS dan kita doakan semoga akan ada lagi produk inovasi yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Ayuh PSS teruskan kecemerlanganmu.

Info pertandingan: http://www.poliku.edu.my/bif2020/

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut