Tarikh : 8 November 2020
Tempat : Politeknik Sandakan Sabah

Norma baharu dalam perniagaan pelajar @PSS

Pertandingan "Pitching Your Business" telah diadakan secara dalam talian di PSS melibatkan seramai 24 orang pelajar dari program Diploma Agroteknologi dan 5 orang pensyarah daripada Unit Keusahawanan PSS terlibat dalam program ini.

Antara objektif utama program adalah untuk memberikan pendedahan terhadap kemahiran dan teknik “pitching” produk/perkhidmatan perniagaan para pelajar. Dalam norma baru, perniagaan perlu diteruskan dan para pelajar perlu membiasakan diri untuk berkomunikasi dan mempromosi produk secara atas talian. Oleh sebab itu, program kali ini telah direkabentuk pengisiannya berdasarkan 3 bahagian iaitu penyampaian ilmu (kursus), latihan (platform pelajar berlatih) dan praktikal (pertandingan).

Program ini telah dimulakan dengan kursus pada 3 November 2020, di mana pelajar telah diberikan kursus selama 1 hari. Dalam kursus itu, pelajar telah didedahkan dengan ilmu dan teknik "pitching" dalam perniagaan oleh Coach Rostam (Rostam Effendi Training). Sesi diteruskan pada 7 November 2020, di mana para pelajar telah berpeluang untuk berlatih secara online dan mendapat maklum balas terhadap pembentangan mereka daripada Coach Rostam sebelum pertandingan sebenar.

Pertandingan telah berlangsung pada 8 November 2020, di mana para pelajar telah membuat “pitching” masing-masing dalam tempoh 3 minit secara atas talian. Bagi pelajar yang mempunyai masalah capaian internet, para pelajar telah menghantar video untuk dipersembahkan pada hari pertandingan.

Berikut merupakan keputusan pelajar yang telah memenangi pertandingan tersebut:

Best Pitch
Gabriel Lesliey
Irene Feddolyn Anak Seredim
Angelia Celine AK Jacob

Best Pitch Video
Gabriel Lesliey

Tahniah dan syabas buat para pemenang dan tidak dilupakan kepasa semua peserta yang terlibat atas semangat dan pengorbanan yang ditunjukkan biarpun dalam keadaan norma baharu, pelajar tetap menunjukkan minat dan semangat untuk terus aktif. Anda semua adalah permata PSS.

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut