Tarikh : 6 November 2020
Tempat : Politeknik Sandakan Sabah

Terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat Cawangan Sandakan kerana sudi menghulurkan bantuan khas berbentuk makanan kering, kelengkapan harian serta alat pencegahan wabak COVID-19 (Sanitizer & Topeng Muka) kepada hampir 250 orang pelajar PSS yang kini berada di dalam kamsis mahupun yang tinggal diluar kamsis (rumah sewa) sekitar Sandakan.

Bantuan ini telah disampaikan oleh En. Sharmin Bin Berahima, Penolong Pengurus Cawangan Sandakan dan telah diterima sendiri oleh En. Tajul Ariffin Bin Mohamed Arif, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah bersama barisan pengurusan kanan serta barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSS.

Diharapkan dengan adanya bantuan sebegini dapat meringankan bebanan para pelajar yang dihadapi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di seluruh daerah di Sabah dalam menangani penularan wabak COVID-19 dari terus berleluasa.

Semoga kita semua terhindar dari wabak ini dan kita doakan semoga penularan COVID-19 di Malaysia amnya dan di Sabah khasnya dapat berkurangan. Kita masih belum menang.

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut