Tarikh : 5 November 2020
Tempat : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Siaran langsung Majlis Perasmian Penutupan Gerak Usahawan Kampus (GUK) dan Pertandingan Video Pendek Life @PolyCC Peringkat Kebangsaan 2020 anjuran BAPP, JPPKK dengan kerjasama PTSS.

Perasmian ini telah disempurnakan oleh Ts. Haji Mohamad Amin Bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Dalam pertandingan kali ini, Politeknik Sandakan Sabah telah berjaya merangkul beberapa kejayaan dalam Pertandingan Online Business Pitching - Video Competition dengan mempertaruhkan produk Baja Organik Cyouwit Xshell (2in1). Kategori yang dimenangi adalah:

Tempat kedua 🥈
1. Kategori Video Terbaik
2. Kategori Persembahan Terbaik
3. Mentor Terbaik

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Penyelia Projek Dr Roslina Binti Mat Yazid bersama pelajar seliaan beliau, Saudari Irene Feddolyn Anak Seredim dan Saudari Nur Fhanniena Binti Ramlan..Juga tidak di lupakan kepada penyelaras program Dr Annafatmawati, Ketua Unit Keusahawanan PSS. Semoga kejayaan demi kejayaan terus dicapai oleh PSS

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut