Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Keusahawanan PSS atas kejayaan pelaksanaan TAKLIMAT PEMBUDAYAAN & INKUBATOR KEUSAHAWANAN PSS yang di jalankan selama 2 sesi melibatkan pelajar tahun pertama (semester 1) bagi kedua-dua program.

Program ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang aktiviti keusahawanan yang dikelola oleh Unit Keusahawanan PSS. Pelajar-pelajar didedahkan tentang 2 cara untuk menyertai atau melibatkan diri dengan aktiviti keusahawan di PSS. Pelajar yang berminat boleh memilih samada membuka perniagaan sendiri (di dalam kampus) dengan syarat perlu mendaftarkan perniagaan tersebut dengan Unit Keusahawanan atau menyertai mana-mana inkubator-inkubator di PSS.

Seramai 201 orang pelajar terlibat dalam taklimat ini yang terdiri daripada 112 pelajar DAG dan 89 orang pelajar DAQ. Taklimat telah dijalankan pada 2 hari berbeza iaitu 1 September 2020 untuk pelajar DAG, manakala 7 September 2020 untuk pelajar DAQ.

Semoga budaya keusahawanan ini terus berkembang di kalangan para pelajar PSS

 
* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut