Tarikh : 21-23 Februari 2020
Lokasi : Air Terjun Langkabong, Telupid Sabah

Latihan Medan PISPA PSS Siri 1/2020 telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Latihan medan yang telah berlangsung selama 3 hari ini melibatkan pelajar PSS yang mengambil Kokurikulum PISPA.

Majlis penutupan latihan medan ini telah dirasmikan oleh En. Zardy Bin Ab. Rahman, Timbalan Pengarah Akademik PSS dan disaksikan oleh Pn. Siti Nurhayu Alias yang juga merangkap Kem Komanden Latihan PISPA PSS siri 1/2020, Leftanen Muda Pertahanan Awam dan Tuan Ahmad Roslan Ahmad Kamel, PPAD Kinabatangan Kapten Pertahanan Awam,barisan Pegawai Bersekutu dan Jurulatih Pertahanan Awam yang turut bersama sepanjang latihan ini berlangsung.

Diharapkan para pelatih daripada PSS akan membawa balik pengalaman yang berharga ini dan sekaligus membawa imej PISPA PSS antara yang terbaik dan terbilang di daerah Sandakan..Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.