Tarikh : 22-23 Februari 2020
Lokasi :Digital Garage Politeknik Sandakan Sabah, Sabah

Kursus Arduino anjuran Jabatan Matematik, Sains dan komputer telah berlangsung selama 2 hari melibatkan pelajar dari kelab M3SC dan STEM PSS di bilik Digital Garage PSS. Kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Ts. Dr. Kesavan A/L Ulaganathen.

Kursus ini telah disampaikan oleh En. Mark Rudy, Pensyarah Agroteknologi, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri PSS dan En. Zairul, Pensyarah dari Kolej Komuniti Sandakan Sabah. Seramai 20 orang pelajar dan 7 orang staff terlibat pada kursus ini yang mana memfokuskan teknologi Arduino, pemasangan Line Robot dan Arm Robot. Penganjuran kursus ini adalah sejajar dengan matlamat mendukung teknologi IR 4.0 yang kini semakin mendapat perhatian ramai pihak dan turut memperlihatkan PSS sebagai pengerak Flagship IR 4.0

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini. Diharapkan dengan penganjuran kursus ini dapat membentuk sahsiah pelajar PSS untik cenderung kepada teknologi Arduino dan industri IR 4.0..Syabas dan tahniah semua.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.