Tarikh : 20 - 22 Februari 2020
Lokasi : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan inovasi PSS yang telah mengikuti pertandingan di Malaysia Technology Expo (MTE 2020), The 19th International Expo on Inventions and Innovations anjuran Professional Trade Exhibitions and Marketing Planner (PROTEMP) yang telah berlangsung selama 2 hari di PWTC, Kuala Lumpur.

2 produk inovasi daripada PSS telah membuktikan kualiti dan potensi dimata juri dimana kedua-dua produk inovasi ini berjaya mendapat pingat Emas dan Perak bagi kategori Youth Innovation Award, AYIA. PSS Smart Fish Feeder 4.0 telah merangkul pingat Emas manakala Smart TGD (Tomato Grading Machine based on Color) merangkul pingat Perak. Kedua-dua produk ini merupakan produk yang dihasilkan oleh pelajar PSS sendiri menggunakan IOT dan dibantu oleh penyelia projek iaitu En. Azhar Bin Ambo, Pensyarah Diploma Akuakultur, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri.

Seramai 70 penyertaan bagi kategori Asia Youth Innovation Award (AYIA) meliputi IPTA/IPTS Malaysia, Indonesia, Vietnam, Iran, Taiwan dan Thailand. Salah satu tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk menjadi platform bagi semua innovator daripada Universiti, institusi dan sektor korporat dari seluruh Asia dan Eropah.

Seluruh warga PSS cukup berbangga dengan pencapaian ini dan diharapkan lebih ramai kakitangan PSS mencurahkan kejayaan sekaligus meletakkan PSS terus unggul di mata masyarakat. Tahniah

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.