Tarikh : 24 Jun 2020
Lokasi : Syarikat Borneo Aqua Harvest Berhad, Sandakan
 
Lawatan penanda aras antara Politeknik Sandakan Sabah bersama salah satu rakan industri PSS iaitu Syarikat Aqua Harvest Berhad telah dijalankan bagi membincangkan halatuju serta kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak. Selain itu, lawatan ini juga memfokuskan penanda aras untuk sistem & rekabentuk kolam dan hatceri berskala industri.
Lawatan ini telah diketuai oleh En. Zardy Bin Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Akademik, En Tony Ontok, Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, En. Imran Affandi Bin Baki, Ketua Program Diploma Akuakultur dan beberapa pensyarah akademik dari Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB).
Diharapkan input yang diperolehi daripada lawatan ini memberi kebaikan bagi kedua-dua pihak dalam menerajui bidang akuakultur khususnya di daerah Sandakan dan Sabah amnya.
 
* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut