Tarikh : 26 Jun 2020
Lokasi : Politeknik Sandakan Sabah
 
PSS hari ini menerima kunjugan hormat daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut yang diketuai oleh En. Himran Bin Entoh, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar bersama 7 orang pegawai akademik dari pelbagai jabatan. Rombongan ini telah di sambut sendiri oleh En Tajul Ariffin Bin Mohamed Ariff, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah, bersama para barisan tertinggi majlis pengurusan dan pensyarah daripada Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB). Tujuan kunjungan hormat ini adalah sebagai penanda aras bagi IKBN melihat sendiri kemudahan dan kepakaran sedia ada di PSS dalam bidang Agroteknologi dan Akuakultur. Dalam lawatan ini juga, tetamu telah dibawah ke Nursery bagi melihat sistem Akuaponik dan Projek Inkubator Cendawan Tiram PSS..
Diharapkan dengan lawatan ini kedua-dua institusi dapat bekerjasama dan saling bertukar kemahiran demi mencapai matlamat yang dituju.

 

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut