31 Januari 2020 - Dewan Kuliah Utama PSS

Perhimpunan bulanan pertama bagi tahun 2020 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Majlis telah dirasmikan oleh En Tajul Ariffin Bin Mohammed Arif, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah. Turut hadir sama dalam perhimpunan hari ini barisan Pengurusan Kanan PSS, para pensyarah akademik dan sokongan PSS. Dengan tema "Tahun Baru Cina 🍊🧧🐭" perhimpunan kali ini nampak meriah dengan semua kakitangan PSS mengenakan busana bewarna merah.

Dalam perutusan Pengarah petang tadi, beliau telah menyatakan beberapa perkara berkenaan isu semasa di dalam sistem perkhidmatan awam di dalam Politeknik, misi dan visi PSS bagi tahun 2020 serta sasaran yang perlu dipenuhi dan digapai dalam memastikan PSS terus kekal relevan dan memenuhi keperluan industri terutama dalam bidang Agroteknologi dan Akuakultur sejajar dengan keperluan KPM melahirkan graduan TVET yang holistik dan berdaya saing.

Berita gembira juga petang ini dimana PSS telah dipilih selaku peneraju 4IR Industry Driven Flagships yang memfokuskan bidang Agroteknologi dan Akuakultur yang akan dilaksanakan pada tahun ini..

Semoga dengan amanat yang telah disampaikan petang tadi dapat direalisasikan oleh seluruh kakitangan PSS dalam menjalankan tanggungjawab sebagai kakitangan awam yang hebat.

"Kerja adalah satu ibadah"

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.