31 Januari 2020 - Bilik Persidangan PSS

Politeknik Sandakan Sabah hari ini telah menerima kunjungan hormat yang pertama bagi tahun 2020 daripada Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Sandakan Sabah.

Rombongan daripada NIOSH Sandakan ini telah diketuai oleh En. Wan Sarman Bin Sakan, Pengurus NIOSH Wilayah Sabah & W.P. Labuan, En. Muhamad Almansari Albari, Pemangku Ketua Cawangan NIOSH Sandakan, Pn. Salianah Ali Kahar, Koordinator Latihan (Juruteknik) dan En. Mohd Asmil B. Awang, Koordinator Latihan (Juruteknik).

Majlis turut dihadiri oleh En. Tajul Ariffin Bin Mohamed Arif, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah, En. Zardy Bin Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Akademik PSS, En. Irwandih Bin Mat Jaili,Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSS, En. Effendy Bin Mat Salleh, Pegawai ULPL PSS dan En. Tony Ontok, Ketua Jabatan JAB.

Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak membincangkan potensi kolaborasi yang dapat dijalankan,program berkaitan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan termasuk pelajar PSS serta program CSR melibatkan kakitangan kedua-dua institusi ini..Diharapkan hasil pertemuan ini dapat mengeratkan lagi sillaturahim dan kerjasama dapat direalisasikan dengan jayanya.. Terima kasih NIOSH Sandakan memilih PSS sebagai destinasi lawatan kali ini..

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.