29 Januari 2020 ; Nabawan, Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna

Sekitar suasana program Selangkah ke Politeknik Siri 2 yang telah dijayakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sandakan Sabah di 4 buah sekolah sekitar daerah Nabawan, Kota Kinabalu, Sandakan dan Semporna.

Objektif daripada program ini adalah untuk mempromosikan serta menyampaikan maklumat kepada para pelajar berkenaan Politeknik Sandakan Sabah secara amnya. Yang menariknya bagi program kali ini ialah, 4 orang pelajar MPP ini adalah alumni sekolah berkenaan. Memang terbaikūüĎć.

Diharapkan program sebegini mampu menarik minat orang ramai terutamanya golongan pelajar yang mahu menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.Jadi, jangan tunggu lagi, mari semua mohon masuk ke Politeknik Sandakan Sabah bagi sesi pengajian Jun 2020 nanti..

Sila layari http://www.mypolycc.edu.my untuk lebih lanjut atau terus layari web PSS di http://www.pss.edu.my

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.