17-19 Januari 2020 , Kompleks Sukan Sandakan

Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Politeknik Sandakan Sabah telah berjaya dijalankan selama 3 hari bermula dari 17 hingga 19 Januari 2020 dan semua peserta telah berkampung di Kompleks Sukan Sandakan. Kursus kali ini melibatkan 46 orang peserta yang terdiri daripada pelajar yang aktif berpersatuan di PSS antaranya:

- Persatuan Rakan Muda (PRM) PSS
- MPP
- Persatuan Silat Gayung
- PRS
- UIDM
- JPKK

Kurus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 anjuran Persatuan Rakan Muda PSS dengan kerjasama MPP dan USKK kali ini memfokuskan beberapa modul yang dirasakan perlu para peserta kali ini dapat antaranya:

- Kepimpinan, Pemimpin & Pengikut
- Cabaran Pasukan (explorace)
- Visi Komunikasi
- Penulisan & Dokumentasi
- Simulasi Mesyuarat
- Pengurusan Kewangan
- Penilaian Akhir

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En Irwandih Bin Mat Jaili, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSS dan turut hadir bersama adalah Pn.Munirawaty binti Undang, Pegawai Belia dan Sukan selaku Penasihat PRM, En. Muhamad Syazwan Bin Azizi, Pegawai HEP PSS dan En. Mohd Hafizzie Bin Hajini, Penasihat MPP PSS.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan para pegawai yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program kali ini

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.