18 Januari 2020-Kompleks Sukan Sandakan

Seramai 47 orang pelajar PSS telah menyertai Pemilihan Atlet bagi persediaan Sukan Olahraga Majlis Sukan Politeknik 2020 yang diadakan di Kompleks Sukan Sandakan pada 18 Januari 2020. Acara pemilihan sukan tersebut melibatkan acara 100m, 200m, 400m, 800m, 3000m, 110mh, 400mh, lontar peluru, lontar lembing, lontar cakera, lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang dan acara jalan kaki. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PSS atas komitmen yang ditunjukkan di dalam mencari atlit yang berpotensi untuk diketengahkan

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.