15 Januari 2020

Setiap hari rabu merupakan hari dimana para pelajar Politeknik Sandakan Sabah akan bergiat dalam aktiviti kokurikulum.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penyelaras Kelab Mesra Alam, En Jayronna Johhny yang telah melakukan aktiviti pembersihan diperkarangan luar PSS. Pendekatan daripada aktiviti ini adalah untuk memupuk sikap bertanggungjawab dikalagan pelajar untuk menjaga kebersihan bukan setakat didalam kampus, tetapi juga diluar kampus. Selain itu, aktiviti sebegini dapat memupuk sahsiah pelajar untuk bekerjasama dan saling bantu membantu.

Aktiviti A&D (Ascending & Descending) daripada PISPA 2 melibatkan pelajar semester 2 dan 3 yang diselia oleh APM Sandakan. Aktiviti ini menguji keberanian pelajar malah turut memupuk semangat bekerjasama didalam kumpulan dan meningkatkan daya fokus pelajar semasa melaksanakan aktiviti ini.

Semoga terus cemerlang diucapkan !!!

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.