13-15 Januari 2020

Pendedahan hands on Standard Operational Procedure (SOP) bagi pengurusan projek penanaman padi telah dijalankan bagi memenuhi keperluan kursus DYA20044 (Crop Production System) dibawah pimpinan En. Zulfadzly Ameer Bin Abdul Halim, Pensyarah Agroteknologi, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industi di IADA Kota Belud.

Lawatan ini melibatkan pelajar semester 2 bagi Program Diploma Agroteknologi (DAG). Tujuan utama lawatan ini adalah memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan SOP pengurusan projek penanaman padi yang dijalankan oleh pihak IADA Kota Belud dan juga pelajar diberikan peluang merasai sendiri pengalaman mengurus penanaman padi ini.

Diharapkan hasil daripada lawatan ini serba sedikit membantu para pelajar yang mengambil program agroteknologi ini untuk lebih bersemangat dan fokus didalam pengajian mereka di PSS serta dengan pengalaman yang kecil ini mampu dikembangkan apabila tamat pengajian kelak.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.