20 November 2019 (Rabu), Politeknik Sandakan Sabah telah menerima kunjungan hormat deligasi daripada Politeknik Bisnis Kaltara, Tarakan, Indonesia.

Kunjungan deligasi daripada Politeknik Bisnis Kaltara ini diketuai oleh Bapak Anwar Hamid (S.E., M.M) Direktur Politeknik Bisnis Kaltara, Bapak Erwin (S.E., S.Kom., M.Kom) Ketua Yayasan Welas Asih Tarakan, Bapak Yohanes, Dosen Perpajakan, Bapak Harianto Mangende, Dosen serta 5 orang pelajar iaitu Saudara Ibrahim Suksin, Saudari Mega Silvia, Saudari Caturia Febriana Putri Sekar Adinda, Saudari Oktavia dan Saudari Alya Melani Ismail.

Ketibaan Deligasi telah disambung oleh En Tajul Ariffin Bin Mohamed Ariff, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah serta para barisan Majlis Pengurusan Tertinggi PSS. Turut hadir bersama wakil daripada IPD Sandakan Sabah.

Antara halatuju yang dibincangkan daripada pertemuan ini adalah memfokuskan perkongsian budaya kedua negara, serta perkongsian berkenaan kedua-dua institusi. Malah hasil daripada pertemuan singkat ini juga, kedua-dua institusi berminat untuk berkolaborasi dari segi kepakaran bidang, teknologi, perkembangan industri 4.0, serta graduan yang holistik dalam TVET. Malah kedua-dua institusi turut memfokuskan silang budaya yang hampir sama bagi kedua-dua negara. Rombongan Deligasi juga dibawak melawat ke bilik pameran GAPPA.

Semoga pertemuan kali pertama ini menjadi batu loncatan kepada kedua buah institusi agar mengekalkan perhubungan yang baik serta dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat bagi perpaduan dan kemajuan negara.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.