Hari ini 14 November 2019 (Khamis), satu sejarah telah dicipta oleh Politeknik Sandakan Sabah dimana telah melebarkan sayapnya ke Tinsulanonda Fisheries Collage, Thailand bagi program "International Partnership Programme"

Deligasi daripada Politeknik Sandakan Sabah ini diketuai oleh En. Zardy Bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Akademik, En. Pn. Mahaletchumy selaku Pegawai CISES PSS dan En. Azhar Ambo selaku Pengarah Program dan 40 orang pelajar semester 5 yang mengambil kursus DYQ6062 (Invertebrate Culture). Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 14 hingga 16 November 2019.

Disebalik kehadiran delegasi PSS ke Tinsulanonda Fisheries Collage ini turut melihat ikatan perjanjian antara dua institusi telah dicapai dimana salah satunya adalah untuk melihat pertukaran pelajar dan staff bagi kedua-dua institusi. Malah, perkongsian maklumat serta kepakaran dikedua-dua negara juga boleh dilaksanakan yang memfokuskan bidang akuakultur amnya.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dan didoakan agar PSS terus maju kehadapan dan mampu bersaing dengan semua institusi sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan graduan dan holistik dalam TVET.

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.