Politeknik Sandakan Sabah telah menerima kunjungan daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) Malaysia yang diketuai oleh Dr. Billy Presly Kalimen dan En. Avery Roosevelt Franklin pada 11 November 2019 (Isnin) dan taklimat telah berlangsung di Bilik Persidangan PSS.

Majlis turut dihadiri oleh En. Zardy Bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sandakan Sabah dan warga PSS.. Taklimat kesedaran kanser dan penerangan berkenaan Program Direct Debit Donor MAKNA (DDDP) yang disampaikan oleh Dr. Billy serba sedikit memberi input yang berguna kepada warga PSS..

Terima kasih kepada pihak MAKNA kerana sudi hadir ke PSS dan memberikan taklimat yang cukup bermakna buat warga PSS berkenaan dengan Kanser di Malaysia..

* Sila rujuk facebook Rasmi Politeknik Sandakan Sabah untuk maklumat lebih lanjut.